Friday, February 16, 2024

Buffet Ramadan Review 2024 : The Pearl Kuala Lumpur Membawakan Tema Sajian Warisan Nusantara

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Bulan Ramadan bagi tahun 2024 akan membuka tirai dalam sikit masa sahaja lagi. Korang dah siap sedia untuk menyambut bulan yang mulia tahun ini. Mesti korang dah tak sabar nak cari tempat berbuka puasa dimana yang best. hahaha. Faries nak kongsi dengan korang semua satu tempat menarik untuk Buffet bagi tahun 2024 ini iaitu di racun sikit tempat menarik iftar tahun ini iaitu di The Pearl Kuala Lumpur. Apa yang istimewanya buffet ramadan disini bagi tahun ini? Korang kena baca sampai habis. 


Untuk pengetahuan semua, The Pearl Kuala Lumpur Hotel menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan Ramadan baharu bertemakan sajian warisan nusantara. Tahun ini, pihak hotel telah merancang pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman untuk memberikan tetamu merasai keistimewaan unik Ramadan bufet di The Pearl Kuala Lumpur. Bermula daripada 14 Mac hingga 7 April 2024, The Pearl Hotel dengan berbesar hati mempersembahkan "Sajian Warisan Nusantara", sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi. 

Uniknya pada tahun ini adalah Bufet kami turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan: 


  • Gerai BBQ
  • Gerai Satay Kajang
  • Gerai Kawah
  • Gerai Sup Berapi
  • Gerai Aneka Goreng
  • Gerai Sup Penang
  • GeraiLemang Tok Wan
  • Gerai Bakar
  • Gerai Murtabak
  • Roti John 
  • Roti Canai serta 
  • Gerai Jagung Kukus Sekinchan


Kesemua Gerai-Gerai Ramadan ini menyajikan aneka pilihan untuk santapan anda pada Ramadan Bufet. Disamping Gerai Ramadan, mereka juga turut tampil dengan Sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang(RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).


Selain daripada itu, mereka juga menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera, di samping hidangan Resipi Klasik Melayu, kami turut menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina. Bufet Ramadan kami pada tahun ini menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang pastinya memukau selera anda. Dari juadah pembuka selera, hidangan utama hingga hidangan pencuci mulut, setiap menu yang disajikan mempunyai keunikan rasa yang tersendiri. Sudah pastinya kemuncak bufet kami ialah Kambing Panggang yang lembut dan diperap dengan baik. Selain daripada Kambing Panggang, hidangan buffet Ramadan, The Pearl menampilkan juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special,Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.









Di The Pearl Kuala Lumpur, kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada resipi klasik turun- temurun dari zaman berzaman. Setiap hidangan disajikan dengan penuh kasih sayang dan kami pastinya ingin memberikan para pengunjung merasai nostalgia Sajian Warisan dengan resipi istimewa daripada Cef kami. Nikmati masakan Ramadan yang terbaik hanya di The Pearl Kuala Lumpur!

Rebutlah peluang keemasan ini untuk membuat pembelian awal dengan harga istimewa. Di samping itu, mereka juga turut menawarkan Bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa. Jom kita lihat lebih lanjut harga yang ditawarkan.

Harga Istimewa (Early Bird)
Pembelian pada 14 Mac – 24 Mac 2024

Dewasa : RM108+
Kanak-kanak : RM68+
Warga Emas atau OKU : RM88+

HARGA BIASA
Pembelian pada 25 MAC – 7 APRIL 2024

PEMBELIAN 1 DEWASA PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH
Dewasa : RM128+
Kanak-kanak : RM78+
Warga Emas atau OKU : RM98+


Yang paling dinantikan iaitu cara kemuncak dimana The Pearl menawarkan hadiah cabutan bertuah yang menanti anda, Bagi setiap pembelian baucar Ramadan anda layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama RM5000 tunai!

Hadiah Utama : RM5000 tunai
Hadiah Kedua : RM3000 tunai
Hadiah Ketiga : RM1000 tunai

3 Hadiah penginapan percuma - 2 hari 1 malam di bilik Premier
5 Hadiah penginapan percuma – 2 hari 1 malam di bilik Deluxe

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, boleh layari ke 


atau hubungi no. tertera

Yusri 016-620 2070 atau https://wa.link/ofpa41
Sani 016-331 8795 atau https://wa.link/hnzgcz
Aliza 011-1162 4462 atau https://wa.link/gyh87n
Noraini 016-331 8794 atau https://wa.link/eulz7o
Rashida 016-331 8729 atau https://wa.link/u2s3mq
Fei Shan 016-331 8437 atau https://wa.link/snvhyv

No comments: