Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bila bercakap pasal kecantikan jer pasti ramai antara kita yang seronok sebab zaman kini kecantikan merupakan benda penting yang kita perlu terapkan. Dan untuk pengetahuan semua, kecantikan bukan sahaja perkataan sinonim untuk wanita, lelaki juga kini sudah mula menjaga penampilan luar dan dalam. Macam Faries sendiri kalau nak diukur mengenai soal kecantikan ni masih boleh dikatakan berada di peringkat pertengahan sebab masih menjaga soal kecantikan kulit muka, rambut dan sebagainya tapi tidak terlalu mendalam.hehehe. Baru-baru ini Faries telah menghadiri satu talk mengenai kesihatan dan kecantikan yang dianjurkan oleh Toscana Medi Clinic (TMC) di Swiss Garden, Genting Highland. Nak tahu apa intipati talk tersebut dan apa rawatan yang ditawarkan oleh TMC? Korang kena baca sampai abis.hehehe