Sunday, July 29, 2018

Memanjakan Kulit Muka Di DR MEDISPA & WELLNESS

Asalamualaikum Semua
Entri kali ini nampak menarik dan berlainan sedikit dimana ini adalah kali pertama aku akan menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan berasaskan kecantikan. Gituww =P 
Sepanjang 24 tahun hidup, ini adalah kali pertamanya aku mencuba rawatan facial untuk kulit wajah di Dr Medispa & Wellness yang terletak di Kajang, Selangor.Nak tahu kenapa aku pilih Dr Medispa & Wellness untuk aku manjakan kulit wajah yang keras ini dan jenis rawatan facial yang aku pilih? Teruskan membaca!


Monday, July 23, 2018

Merasai Suasana Klasik Dan Romantik Hanya di D Aura Cafe, Seri Kembangan

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Trend terkini masyarakat kita rata-rata menyambut sesuatu majlis sebagai contoh majlis kelahiran atau pun majlis ulang tahun perkahwinan secara besar-besaran. Jadi aku nak cadangkan satu tempat tempat untuk korang semua mengadakan majlis yang korang inginkan di D Aura Cafe yang terletak di Seri Kembangan.Cafe ini diusahakan oleh Bumiputera sendiri dan patut disokong oleh kita semua. Apa yang istimewanya D Aura Cafe ini? Nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ini teruskan membaca ye!

Kembali Lagi Ke BBQ LAMB KL Kemensah Edisi Makan di Dalam Sungai Bersama Artis Istimewa Aiman Tino

Asalamualaikum

Dalam blog post yang lepas, aku telah post berkenaan pengalaman keseluruhan makan di BBQ KL Lamb Kemensah berserta dengan menu dan untuk edisi kali ini posting akan lebih tertumpu kepada menceritakan sendiri pengalaman makan di dalam sungai dimana ianya adalah satu tarikan utama pengunjung kesini. Tapi kali ini ada sedikit kelainan kerana kita makan bersama artis taw. Siapa artis tersebut? Tak lain dan tak bukan iaitu Aiman Tino. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua aku bersemuka dengan Aiman Tino dan sejujurnya beliau adalah seorang yang mesra dan sangat menghormati orang lebih dewasa. Patutlah banyak wanita-wanita gila sangat dengan si Aiman ni =P

Wednesday, July 18, 2018

Menikmati Citarasa Makanan Australia (Discover Australia) Hanya Di The Federal Hotel Kuala Lumpur

Asalamualaikum Dan Salam Semua


Kini, The Federal Hotel Kuala Lumpur sedang menawarkan citarasa masakan Australia yang bertemakan 'Discover Australia' bermula dari 13 Julai sehingga 29 Julai 2018 di salah satu restoran milik mereka iaitu The Kontiki Restaurant. Baru-baru ini, aku berpeluang untuk merasai menu-menu masakan daripada Australia yang ditawarkan di Kontiki Restaurant. Citarasa Australia ini telah di anjurkan oleh The Federal Kuala Lumpur dan The Grace Hotel Sydney dengan sokongan daripada kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia, MLA Meat & Livestock dan juga Citibank. Apa yang menarik tentang menu-menu masakan Australia? Kalau nak tahu, teruskan membaca =)

Friday, July 13, 2018

Cabaran PROTON ACE THE SPACE 2018

Asalamualaikum


Korang pernah dengar pasal Proton Ace The Space Challenge? Mesti tak kan! HAHAHA. Proton Ace The Space Challenge  adalah pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Proton bagi tahun 2018 dengan tujuan melihat sejauh mana ruang dalam sebuah kereta Proton dapat dipenuhi. Ewah skemanya ayat =P. Hadiah utama berjumlah RM 10K berserta beberapa hadiah lain dan yang paling best dapat VIP tiket ke majlis pelancaran SUV baru Proton yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Pertandingan ini telah dibuka dari bulan May sehingga ke 31 Julai tahun ini.

Coway Run 2018 Kini Kembali Lagi Dengan Tema 'Beat The Heat'

Asalamualaikum Dan Salam Semua




Baru-baru ini, aku telah menghadiri satu press conference bersama Coway Malaysia bersempena dengan acara Coway Run 2018. Tahun ini Coway Run 2018 kembali dengan tema 'Beat The Heat' yang pastinya lebih menarik! Acara Coway Run 2018 akan diadakan pada 7 Oktober 2018 di Maeps, Serdang. Menurut Mr.Kyle Choi Ki Ryong, Managing Director Coway Malaysia Sdn Bhd, cuasa panas semasa berlari boleh menyebabkan keletihan dan dehidrasi. Beliau cuba untuk mencipta kelainan pada acara ini dengan membawakan suasana nyaman dan selesa kepada para pelari nanti .

Tuesday, July 3, 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri Serta Memperkenalkan Kompleks Membeli-Belah dan Hotel Serba Moden Milik RESIDENSI UTMKL

   Asalamualaikum


Baru-baru ini, aku telah menghadiri ke satu program 'Jom Raya' di Residensi UTMKL di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Program hari raya ini diadakan bersempena sambutan hari raya aidilfitri serta bertujuan memperkenalkan Residensi UTMKL kepada semua. Residensi UTMKL ini telah beroperasi selama setahun menurut maklumat yang dikongsikan dan pelbagai kemudahan untuk pelajar khususnya disediakan disini  tapi untuk orang awam pun digalakkan datang kerana kemudahan yang disediakan boleh memberi manfaat kepada semua. Apakah kemudahan- kemudahan yang ada di Residensi UTMKL ni? Teruskan membaca ye =P 

Residensi UTMKL sumber: Google