Tuesday, December 19, 2023

Pengalaman Scaling dan Polishing di Klinik Pergigian Redha di Bandar Tun Hussien Onn

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Korang rasa bila kali terakhir korang berjumpa doktor gigi? Rasanya ramai daripada kita menganggap ia bukan satu keperluan selagi tiada masalah yang berlaku. Macam Faries sendiri, memang setiap tahun atleast sekali datang untuk cuci gigi ataupun kita panggil scaling. Walaupun amalan ni tak berapa betul, korang wajib jumpa Doktor gigi ya. Baru-baru ni Faries datang ke satu klinik berhampiran kawasan rumah untuk buat scalling dan polish gigi. Jadi, Faries nak kongsi pengalaman Faries buat scalling and polisihing di Klinik Redha BTHO.

Saturday, November 25, 2023

SCENTIFY By Enchaunter Memperkenalkan Wangian Khas untuk Fabrik dan Kereta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Parfum Penyegar Fabrik & Kereta Scentify by Enchanteur | Dalam kehidupan seharian kita, pernaan sebuah kediaman bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari panas dan hujan.Kediaman kita juga turut memainkan peranan yang besar dalam insitusi kekeluargaan, iaitu sebuah tali pengerat ikatan kekeluargaan.

Sunday, October 22, 2023

Travel Recommends-Travel Wifi Terbaik Sewaktu Bercuti di Korea

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini,  Faries telah pergi ke Korea Selatan, salah satu negara yang sangat diimpi-impikan buat peminat-peminat K-pop terutamanya golongan wanita. Bila nak travel ni mestilah nak cari servis internet kan. Nak cerita sebenarnya sebelum pergi dah survey banyak tempat untuk dapatkan kemudahan internet. Sekarang ni kemudahan internet sangat penting semasa kita travel sebab kita memerlukan bantuan navigasi, nak google satu tempat dan sebagainya. Akhirnya Travel Recommends menjadi pilihan untuk Faries gunakan kemudahan internet disana. Korang nak tahu kenapa korang kena langgan Travel Recommends pocket wifi ni? Jom teruskan membaca


Travel Recommends@ Namsan Tower Seoul Korea

Monday, October 9, 2023

HUAWEI MALAYSIA Memperkenalkan Rangkaian Terkini Produk Berasaskan Ekosistem Artificial Intelligence (Alot)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seiring dengan pelancaran rangkaian peranti digital HUAWEI bertempat di Exchange 106 TRX Kuala Lumpur, mereka turut memperkenalkan rangakaian produk mereka yang menggunakan Artificial Intelligence-of-Things (AIoT) baharu HUAWEI dalam rangkaian penuh peranti pintar terkemuka termasuk WATCH GT 4, MatePad 11” PaperMatte Edition, FreeBuds Pro 3 dan HUAWEI WATCH Ultimate Design.

Produk inovatif ini menawarkan cara yang lebih bijak untuk pengguna meningkatkan gaya hidup harian mereka di dalam dan di luar rumah, sama ada mereka berulang-alik ke tempat kerja, melancong, menjalani sesi gim rutin mereka atau sekadar menikmati masa bersama keluarga di rumah.

Dengan pelancaran teknologi termaju dan canggih ini, HUAWEI mendayakan gaya hidup yang dipertingkatkan dan lebih cekap kepada setiap individu - menjadikan kehidupan pintar untuk semua orang mungkin dan akhirnya, menawarkan pengalaman tanpa sempadan dan lancar untuk semua.

KEINGINAN SEIRING FESYEN DENGAN HUAWEI WATCH GT 4

HUAWEI MALAYSIA Memperkenalkan Rangkaian Terkini Produk Ekosistem AIoT


HUAWEI WATCH GT 4

Tersedia dalam saiz 46mm dan 41mm, HUAWEI WATCH GT 4 mencerminkan ketukangan yang teliti dalam setiap perincian. Ia mencapai ketinggian baharu dalam penampilan sambil menjelmakan keanggunan dan kecanggihan melalui estetika geometri baharunya.

Direka kejuruteraan dengan mengutamakan keselesaan optimum pemakai, siri HUAWEI WATCH GT 4 dibina dengan bahan premium dan bahagian luar metalik yang bergaya. Reka bentuk ini menyerlahkan pengalaman pengguna, menyepadukan jam pintar dengan lancar ke dalam kehidupan seharian, mencerminkan prinsip keseimbangan, keharmonian dan reka bentuk yang inovatif.

HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION Keluaran Peranti Terbaik Tahun 2023

 Assalmualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini Huawei secara rasminya mengumumkan pelancaran HUAWEI WATCH GT 4dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION terbarunya, berikutan kejayaan besar pelancarannya di Eropah dan China. Faries berkesempatan hadir ke majlis gilang gemilang yang berlangsung di Exchange 106, TRX Kuala Lumpur.

Menjelmakan intipati cadangan "Fashion Forward", generasi baharu siri perdana HUAWEI WATCH GT mewakili satu peristiwa penting dalam perjalanan HUAWEI untuk menyatukan teknologi dan ekspresi fesyen. Dengan cadangan itu, ia menandakan era baharu fesyen boleh pakai yang memperkasakan pengguna untuk memperibadikan perjalanan kesihatan dan sukan mereka tanpa menjejaskan gaya.

Dikenali sebagai tablet paparan PaperMatte pertama di Malaysia, HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION direka untuk memenuhi keperluan pengkomputeran harian pelajar pengajian tinggi dan profesional muda.

HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION mendunia adunkan fesyen dan fungsi

Wednesday, August 2, 2023

vivo Y78 5g Baru Sahaja Dilancarkan Serendah RM 1,399!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang pasti ternanti-nanti smartphone yang ada spesifikasi gempak dengan harga rendah bukan? Vivo Malaysia mengumumkan pelancaran edisi terbaru siri Y mereka pada hari iaitu, vivo Y78 5G yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup pengguna dengan spesifikasi yang cemerlang dan luar biasa.

Ia menampilkan kamera 64MP OIS Anti Shake yang menakjubkan, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan sebanyak 8+256 GB yang mencukupi untuk hiburan tanpa gangguan. vivo Y78 5G boleh ditempah awal mulai hari ini dan akan dipasarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2023 dengan harga yang berpatutan pada RM1399.

Tuesday, June 27, 2023

Majlis Bandaraya Petaling Jaya Meraikan Ulang tahun ke -17 Bertemakan 'PJ Love U'

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Dalam sedar tak sedar dah hampir 17 tahun Petaling Jaya memeng status Bandaraya. Siapa yang tak kenal dengan kawasan PJ yang sangat popular dikalangan masyarakt yang tinggal di kawasan sekitar lembah Klang. Sambutan ulang tahun ini bertemankan 'PJ Love U' bertempat di Laman MBPJ di hadapan Ibu Pejabat MBPJ pada hari sabtu yang lalu.

Sunday, May 28, 2023

NH Beauty Solution Melancarkan Rangkaian Produk Penjagaan Rambut di The Face Suite, Kuala Lumpur

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini, Faries telah dijemput dan hadir ke majlis pelancaran produk rangkaian rambut daripada NH Beauty Solution bertempat di DeepBlue, The Face Suite, Kuala Lumpur. Majlis ini memperkenalkan 7 jenis produk rangkaian rambut daripada NH Beauty Solution. Nak tahu apa produknya, korang kena baca sampai habis....


Untuk pengetahuan lanjut, pengasas NH Beauty, Pn Nurul Hidayah Mohmad sangat minat dalam bidang perniagaan. Beliau mempunyai beberapa perniagaan bertempat di negeri kelahiran beliau di Terengganu. Antara perniagaan utama yang beliau ada ialah perniagaan saloon rambut muslima, produk pakaian, serta kedai aksesori telefon.Kini berbekalkan pengalaman dan kekuatan yang ada, beliau berjaya melancarkan produk rangkaian  penjagaan rambut terbaru.

Sunday, May 14, 2023

Kedai Baiki Phone Murah-Gila Gadgets Semenyih Merasmikan Cawangan Baru

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kedai Baiki phone murah, Gila Gadgets telah membuka cawangan mereka yang ke-7 di Semenyih, Selangor. Kedai ini dilancarkan pada bulan April tempoh hari. Kalau korang pelanggan setia Gila Gadgets dan tinggal di area Semenyih, dah tak perlu datang jauh-jauh ke cawangan mereka yang lain sebab dekat sini dah ada...

Gila Gadgets Semenyih

ArRahnuKita- Kedai Pajak Gadai Membuka Cawangan Baru di Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Buat penduduk sekitar Bangi dan berdekatan, ada berita untuk semua dimana Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah membuka dan mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ini merupakan cawangan kedua mereka selepas cawangan di Sungai Besi.

Friday, May 5, 2023

Sunfeet Orthotics Expert Buka Cawangan Baru di Akasa Cheras South

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masalah sakit tumit, sengal pergelangan kaki atau sendi dan sakit-sakit lutut adalah perkara biasa terutama bagi golongan-golongan yang sudah berumur. Tapi pada masa kini, perkara ini berlaku pada setiap peringkat umur kesan daripada perubahan gaya hidup dan sebagainya.Korang pernah check masalah kaki tersebut? Mungkin tak pernah bukan? Harini Faries nak memperkenalkan Sunfeet Orthotics Expert iaitu pakar dalam bidang kaki dan apa yang menariknya mereka baru sahaja membuka cawangan baru di Cheras Selatan.

Saturday, April 15, 2023

Kieslect Calling Watch Ks Jam Tangan Pintar Memenuhi Gaya Hidup Masa Kini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Jam tangan pintar atau dikenali sebagai Smart Watch bukan asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan remaja. Faries sendiri baru sahaja memiliki jam tangan pintar akibat terpengaruh dengan fungsi-fungsi yang ada pada jam pintar. Selain penggunaan telefon, jam pintar boleh dijadikan sebagai 'skrin kedua' untuk melihat maklumat seperti mod latihan, gerakan nadi dan sebagainya. Faries nak kongsi yang Faries dah jumpa satu jam pintar yang sangat memikat hati iaitu Kieslect Calling Watch Ks. Jom kita lihat apa yang menariknya jam pintar ini

Tuesday, April 11, 2023

INLAB SENZ Merupakan Projector Terbaik di Pasaran tahun 2023!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Zaman dulu- dulu, projector ni kita hanya lihat di sekolah sebab digunakan untuk tujuan pelajaran tak pun guna di office untuk presentation kerja dan sebagainya. Tapi kini penggunaan projector dah meluas sebab terdapat Projector yang harganya jauh lebih murah berbanding dulu. Bukan murah sahaja ianya juga berkualiti dan pastinya mampu untuk beli untuk kegunaan peribadi seperti tonton movie dekat rumah buat home cinema, kegunaan untuk office tak pun projector untuk guru di sekolah. 

 

Tambahan pula, cara nak guna Projector sekarang pun tak serumit macam dulu, sebab sekarang kebanyakannya boleh ‘plug and play’ guna laptop dan smartphone je. Senang. Projector ni ada jugak yg lengkap dengan speaker tapi nak lagi best korang boleh pair dengan Soundbar untuk feel sound macam dalam wayang tau. Macam Panjang pula mukadimah kan, sebenarnya Faries jumpa satu projector yang sangat baik untuk korang iaitu INLAB SENZ. Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis.

 

 

Wednesday, April 5, 2023

Buffet Ramadhan Review 2023: Micasa Hotel All Suites Menawarkan Menu Selera Warisan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Buat yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa, jom iftar di MiCasa All Suite Hotel. Faries baru sahaja mencuba hidangan yang disediakan disana dan agak berpuas hati dengan menu-menu yang disediakan. Buat sesiapa yang tak tahu MiCasa hotel ni dimana, hotel ini terletak berdekatan dengan Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.

Tuesday, April 4, 2023

Tempah Jersey Sublimation Murah Di KedaiJersi.com, Penghantaran Seluruh Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Ada tak di antara korang kat sini yang nak tempah jersey sublimation murah direct kilang? Kedai printing jersey direct kilang yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dan jersey sublimation dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak?

Aku nak kenalkan satu kedai printing ni yang ada tawarkan bermacam-macam servis printing baju dengan harga yang murah sebab diorang ada kilang printing sendiri. Korang nak print baju apa je. Semua kedai ni boleh buat. Baju kelab, baju hari keluarga, jersey sublimation, uniform, baju korporat dan macam-macam lagi la.

Sunday, April 2, 2023

Buffet Ramadhan Review 2023: Kontiki Restaurant Federal Hotel Kuala Lumpur Menawarkan Juadah Kampung Buffet

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam sedar tak sedar kita dah masuk hari yang ke 11 berpuasa bagi tahun 2023 ini. Macam mana sambutan ramadhan tahun ini? Dah berapa banyak buffet ramadan dah korang cuba? Faries nak kongsi dengan korang tempat berbuka yang wajib Faries pergi tiap tahun ialah Kontiki Restaurant di Federal Hotel Kuala Lumpur.

Friday, March 31, 2023

Gumash Melancarkan Produk Saloon Collection & Gumash Color Expert Shampoo– Hotel Royale Chulan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

 

Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran produk baru Gumash bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara. Buat yang tak tahu Gumash ini produk apa, mereka merupakan pengeluar produk warna rambut mesra ibadah di Malaysia. Korang mesti nak tahu produk baru apa yang mereka rasmikan kan? Jom baca sampai habis.

 


Thursday, March 23, 2023

Konsert Jiwa Kacau 2023 Bakal Mengabungkan Band Terkenal Seperti Hujan, Bunkface, Masdo dan Insomniacks!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Antara lagu yang sering menjadi ikutan semasa remaja dulu antaranya dari kumpulan Bunkface- Revolusi, Hujan- Aku Scandal dan banyak lagi. Tak lupa lagu band yang agak baru yang menjadi trend antaranya dari kumpulan kugiran terbaik iaitu Masdo dengan lagunya 'Dinda'. Faries baru-baru ini telah pergi ke majlis sidang media konsert yang akan menyatukan semua band-band hebat ini didalam satu pentas. Konsert Jiwa Kacau akan menjadi sebutan hangat dan akan berlangsung Jun nanti!

Monday, March 20, 2023

PGDM Annual Digital Award 2022- Tenera Hotel Bangi

 Assalamualaikum and Hello Everyone...

Recently, I just attended an award event organised by PGDM. This award was held at Tenera Hotel, Bangi Selangor. PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022 are focus on give opportunities for recognition among the associated members of the PGDM consortium to successful mid-sized industrial companies that are able to succeed and bring greater potential for achievement in their fields of industry both domestically and internationally. 

Sunday, March 19, 2023

Buffet Ramadhan Review 2023 : Maha Buffet Maeps Menawarkan Iftar Terbesar Tahun ini

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ramadan tahun 2023 akan membuka tirai dalam sikit masa sahaja lagi. Korang dah siap sedia untuk sambut bulan yang mulia ini? Eh tak lupa dengan tempat-tempat menarik berbuka puasa tahun ini. Faries nak racun sikit tempat menarik iftar tahun ini iaitu MAHA BUFFET yang akan menyajikan hampir 200 jenis hidangan. MAHA Buffet merupakan kolaborasi diantara Mak Kimbong x Experiment Kitchen.

Sunday, March 5, 2023

JobStreet Melancarkan SEEKscapes Untuk Memudahkan Laluan Kerjaya Buat Golongan Muda

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam, JobStreet Malaysia telah melancarkan satu program iaitu SEEKScapes bertempat di Kuala Lumpur Sentul Depot @Workshop di Sentul, Kuala Lumpur  bertarikh 4 dan 5 March 2023. Program ini telah rasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Nak tahu apa yang menarik program SEEKScapes ini? Jom baca sampai habis.

Thursday, March 2, 2023

Instant Cafe Night Live Edisi X 2023- Hiburan Tanpa Henti

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hiburan terutamanya berbentuk komedi merupakan salah satu aktiviti yang baik yang boleh membawa kepada emosi berbentuk positif. Faries sendiri sangat seronok melihat hiburan berbentuk komedi sebab dapat membantu diri daripada masalah stress melalui gelak tawa. Komedi berbentuk standup ini bukan sahaja memberikan impak gelak tawa, mesej yang dibawakan kadang-kadang memberikan maksud yang lebih baik untuk kita pelajari. Bercakap pasal hiburan komedi ini, nak bagitaw yang Instant Cafe Theatre akan membawakan satu talk show komedi di Plenary Hall KLCC pada 18 March 2023. 

Buffet Ramadan Review 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur Menawarkan Hidangan Citarasa Desa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tiap-tiap tahun benda yang paling Faries tunggu-tunggu nak kongsi dengan korang ialah buffet ramadan! Alhamdulillah ini dah masuk tahun ke 5. Tak sabar kan nak makan sedap-sedap time puasa.  Ini pembuka review tahun ini, Faries nak kongsi dengan korang juadah-juadah berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Sunday, February 12, 2023

AEON Berkolaborasi Bersama Resorts World Cruise- Kempen Smile of Love

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Nak Menang Naik Cruise | Jom Sertai AEON Smile of Love - AEON CO. (M) BHD atau AEON, rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia telah melancarkan kempen terbarunya, "Smile of Love – Win A Cruise Contest" . Kempen ini telah mendapat kerjasama bersama Resorts World Cruises.

Sepanjang kempen ini pelanggan AEON berpeluang memenangi pelayaran 3D/2N dari Genting Dream, Resorts World Cruises. Ianya berlangsung dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023, di mana 8 pemenang bertuah akan diumumkan setiap bulan.

Dari kiri Ong Hsieh Lien, Assistant Vice President, Corporate Communications and Marketing of Resorts World Cruises Nikki Lee, Head of Mall Marketing, AEON. Koh Mei Leng, General Manager - Head of Payment System of AEON Credit Service.

Berita gembira tentang kempen ini telah diumumkan bersama media dan influencer di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Operasi AEON Mall. Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Resorts World Cruises, dan Koh Mei Leng, Pengurus Besar - Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit Service.

Friday, January 20, 2023

FC Barcelona meraikan Tahun Arnab Bersama Peminat Di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

FC Barcelona terus menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina 2023 dengan meraikan Tahun Arnab. Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou. Menurut Presiden dan pemainnya, kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia.


Thursday, January 12, 2023

Kedai Baiki Phone Murah Di Seri Kembangan - Gila Gadgets Sri Serdang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kegunaan phone pada masa kini ibarat nyawa bagi seseorang dimana segala maklumat, kerja, hiburan dan banyak lagi boleh diakses dengan mudah dengan mengunnakan telefon pintar. Ketiadaan phone akibat daripada kerosakan boleh menyebabkan kita sulit untuk berkomunikasi, bekerja dan sebagainya. Benda pertama yang korang akan fikir kalau phone rosak atau tidak berfungsi iaitu kos pembaikian bukan? Faries nak bagitahu semua terutama penduduk di sekitar Seri Kembangan iaitu Gila Gadgets Cawangan Sri Serdang baru sahaja dibuka. Gila gadgetsTerkenal dengan nama kedai baiki phone murah dan berkualiti!

Thursday, January 5, 2023

CARINA Kekal Hasilkan Tisu Berkualiti Pilihan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap mengenai kegunaan tisu ni, boleh dikatakan setiap rumah wajib mempunyai tisu. Tak kisah apa-apa jenis tisu muka, tisu dapur  dan sebagainya. Macam Faries sendiri, tisu sangat wajib ada di dalam kereta dan juga dirumah. Kegunaan tisu ini penting untuk membersikan kotoran serta dapat menghapuskan bakteria. Sebab ia menjadi keperluan yang penting terutama selepas kita masuk fasa endemik sekarang ini. Kita belum bebas pada covid sepenuhnya tapi kita tetap kena berhati-hati.