Friday, January 20, 2023

FC Barcelona meraikan Tahun Arnab Bersama Peminat Di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

FC Barcelona terus menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina 2023 dengan meraikan Tahun Arnab. Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou. Menurut Presiden dan pemainnya, kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia.


Bagi memperingati Tahun Baru, Barça melancarkan sebuah video yang bertajuk ‘Tahun Baru, Era Baru,’ yang mana begitu teruja menantikan 2023. Selain meraikan pemeteraian bersama bakat baharu, perkongsian inovatif serta pelancaran nama stadium yang serba baharu. Arnab, dikenali sebagai haiwan tuah yang berupaya membawa harapan dan nasib baik. Pemainnya, Eric Garcia, Ferran Torres, Jordi Alba, Iñaki Peña dan Alejandro Balde turut menghantar ucapan perayaan kepada peminat atau ‘Culers’ di seluruh dunia.


A group of men wearing sports uniforms

Description automatically generated with medium confidence A person wearing a sports uniform

Description automatically generated with low confidence


Presiden, Joan Laporta turut mengucapkan terima kasih kepada Culers di Malaysia atas sokongan mereka dan sentiasa mendoakan semua peminat yang merayakannya. Memetik hantaran mesejnya, Laporta berkata “Kami telah melalui detik-detik menarik, mencabar dan penuh emosi pada 2022. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda, dan saya harap kami akan membawa lebih banyak detik gembira tahun ini. Selamat tahun baru, saya doakan anda bahagia dan sejahtera. Tahun baru, era baharu, Visca el Barça!”


A person in a suit

Description automatically generated with medium confidence


FC Barcelona akan memulakan sambutan itu pada 22 Januari dengan pelbagai aktiviti menarik di Spotify Camp Nou. Ini termasuk persembahan tarian naga dan singa tradisional oleh Penya Blaugrana Dracs Units, di samping persembahan muzik dan kaligrafi Cina. Dalam perlawanan menentang pasukan Getafe, pasukan lelaki akan menggunakan nama mereka dengan aksara Cina ketika perbarisan pemain. Malah, stadium juga akan dihiasi dengan replika Arnab. Manakala, kanak-kanak dari Penya Blaugrana Dracs Units akan mengiringi pemain ke padang.



No comments: