Wednesday, May 11, 2022

I’Dahlia Corner Menawarkan Pakej Rumah Terbuka Raya 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sangatlah dinantikan setelah hampir dua tahun tidak menyambut bersama keluarga tersayang dan sahabat handai, kemeriahannya masih terasa sehingga hari ini. Harini, merupakan hari yang ke 10 hari raya dan masa untuk kita memeriahkan sambutan rumah terbuka. Jadi bagi memeriahkan kedatangan bulan Syawal pada tahun ini, I'dahlia Corner, satu-satunya restoran Melayu berkonsepkan dalam taman di dalam kawasan kejiranan KLCC menyediakan ruang buat syarikat korporat mahupun individu yang ingin mengadakan rumah terbuka, I'dahlia Corner adalah lokasi terbaik. Nak tahu apa yang menarik kalau korang mengadakan rumah terbuka disini?