Saturday, December 21, 2019

Rinching Terrace Lokasi Terbaik Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkahwinan merupakan sesuatu waktu yang sangat dinantikan oleh pasangan pengantin dan kenalan rapat. Korang mesti terbayang-bayangkan majlis perkahwinan idaman korang maklumlah perkahwinan sekali seumur hidup. Bagi Faries sendiri sangat mengimpikan majlis perkahwinan ala-taman.hehehe. Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran Rinching Terrace yang merupakan satu tempat baru yang amat sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan impian korang!

Wednesday, December 11, 2019

MomoChan Restaurant,PJ Tawar Citarasa Khas Sempena Krismas 2019!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sambutan hari Krismas akan tiba tak lama lagi. Buat penganut agama kristian pasti dan membuat persedian rapi. Ada benda menarik nak kongsi dimana baru-baru ini, Faries telah cuba menu baru khas sempena sambutan Krismas tahun ini di MomoChan Restaurant, Jayaone, PJ. Korang mesti ternanti-nanti menu rahsia apa yang best tu kan? Jom kita baca sampai habis ye.......

Sunday, December 8, 2019

Q&M Dental Klinik Membuka Cawangan Baru di Eko Cheras Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Menjaga kesihatan gigi dan mulut memang penting bagi memastikan tidak berlaku masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah, dan juga mulut berbau. Mereka yang punya masalah dengan gigi selalunya akan berhadapan dengan isu kurang keyakinan diri kerana berasa malu dengan masalah gigi yang terjadi. Lebih-lebih lagi jika gigi rongak. Hendak menguntum senyuman pun terpaksa ditahan-tahan. Jadi bagaimana untuk memastikan gigi dan mulut anda sihat sempurna? Berapa kerap korang pergi berjumpa Dr gigi dalam sebulan? Setahun? Baru- baru ini Faries telah pergi ke perasmian cawangan baru Q&M Dental Klinik yang terletak di Eko Cheras Mall, Kuala Lumpur.


Sebelum pergi lebih jauh, jom kite lihat serba sedikit latar belakang Q&M Dental dimana ianya bermula dengan sebuah klinik tunggal pada tahun 1996, Q&M telah menjadi kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terbesar di Singapura dengan memiliki 78 buah klinik pergigian di seluruh
negara.

Saturday, December 7, 2019

JUMPA@Sungei Wang Tarikan Terbaru Yang Kini Lebih Gempak Dan Cantik!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sungei Wang merupakan tempat membeli-belah yang boleh dikatakan bernostalgia yang terletak di tengah-tengah hiruk pikuk Bandaraya Kuala Lumpur. Faries dah dating kesini sejak kecik lagi. Masih beroperasi sehingga kini. Eh nak bagitahu yang Sungei Wang dah menaiktaraf pusat beli belah mereka. JUMPA@Sungei Wang merupakan tempat tarikan baru yang ada dan telah dibuka kepada orang awam hujung tahun ini. Nak tahu apa yang menarik? Korang kena baca sampa habis….

Wednesday, December 4, 2019

Versi Syabas Sdn Bhd Menawarkan Perkhidmatan Kontraktor Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap mengenai pembinaan pasti ada diantara kita yang tidak berapa pakar dan tahu. Untuk memilih kontraktor terbaik untuk sesuatu projek agak rumit. Untuk pelaburan yang besar seperti ini memerlukan kontraktor yang terbaik bagi memastikan hasil yang diinginkan dapat memuaskan hati semua orang. Baru-baru ini Faries diperkenalkan dengan sebuah syarikat kontraktor berpengalam iaitu Syarikat Versi Syabas Sdn Bhd.




AI MOBILE IDEA BOX Tawarkan Servis Software Payroll Lebih Efektif serta Mudah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Korang ada buka perniagaan kecil atau syarikat besar? Sering hadapi masalah membuat pembayaran gaji untuk para pekerja? Perkara ini selalu berlaku dimana-mana syarikat dimana mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dalam proses pembayaran gaji. Maklumlah setiap pekerja mempunyai pendapatan berbeza-beza. Kini tak perlu risau lagi dimana AI Mobile Idea Box menawarkan servis Payroll yang lebih efisien dan efektif. Nak tahu apa yang bestnya pasal software ini? Korang kena baga sampai habis....



Sunday, December 1, 2019

JLD Dragon Boba Milk Membuka Cawangan Baru Di Intermark Mall, KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa peminat Boba Brown Sugar Milk dekat sini? Kita geng!hehehe. Sepanjang Boba Milk ini trending di pasaran Malaysia ini, Faries dah cuba hampir 7 jenis jenama Boba yang berbeza-beza. Baru-baru Faries cuba jenama baru Boba keluaran JLD Dragon Malaysia bersempena pembukaan cawangan baru mereka di Intermark Mall, Kuala Lumpur. Nak tahu rasa sedap ke tidak Boba daripada negara Taiwan ini korang haruslah baca sampai abiskan......

Bubble Belly Minyak Urut Moden Membakar Lemak!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ada masalah nak turunkan berat badan korang? Nak turunkan berat badan dengan cara mudah dan berkesan? Jom gunakan minyak tradisional yang boleh membantu mengurangkan berat badan korang. Baru-baru ini Faries diperkenalkan dengan satu produk tradisional yang dikenali sebagai  BUBBLE BELLY. Produk ini merupakan produk keluaran tradisional keluaran bumiputera yang berasaskan minyak tradisonal. Produk ini yakni boleh membantu korang menurunkan berat badan dan juga masalah-masalah lain. nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan membaca.....

GIG2U Applikasi Mudah Untuk Pemuzik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Muzik merupakan satu hiburan yang boleh memberikan kegembiraan kepada individu yang mendengar. Setiap individu mempunyai citarasa muzik yang berbeza kebiasaanya mengikut jantina, umur, bahasa dan banyak lagi. Kini, ramai pemuzik jalanan yang ada untuk menghiburkan orang ramai. Tapi, tahukah korang bahawa pemuzik merupakan seorang yang susah mendapat pekerjaan?

Saturday, November 30, 2019

Shopee Malaysia Bekerjasama Dengan Desaauto@PLB Sempena Sambutan Shopee 12.12!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bersempena dengan sambutan Shopee 12.12 bulan hadapan, Shopee Malaysia telah bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk mengalakkan penjual daripada luar bandar. Kementerian Pembangunan Luar Bandar memberikan peluang kepada KPB untuk membuka online store dibawah Shopee. Nak tahu apa yang menarik mengenai KPB ini? Jom teruskan membaca...

Tuesday, November 26, 2019

Vitamine | Pembekal Supplement Harian Lengkap Mengikut Kesesuian Tubuh Badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Bila bercakap mengenai kecantikan luar dan dalam rata-rata antara kita akan mengesyorkan pengambilan supplement. Kesan daripada pengambilan supplement kebiasaanya menunjukkan hasil yang terbaik kerana ianya bertindak bukan sahaja diluar malah didalam. Ramai diantara kita sudah mengamalkan pengambilan supplement tambahan dimana bukan sahaja untuk cantik tetapi untuk kekal cergas dan sihat. Baru-baru ini, Faries telah diperkenalkan dengan satu supplement yang dikenali sebagai VITAMINE. Nak tahu apa yang bestnya supplement ini korang wajib baca sampai habisss.....

Sunday, November 24, 2019

MISS PINKLADY Asia Musim Kedua Kembali Lagi Membawakan Penampilan Khas Model, Selebriti Haneesya Hanee !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang minat dalam bidang modelling atau pernah tonton rancangan model terkenal di Amerika? Kini, rancangan realiti mencari model kembali bagi tahun kedua. Miss Pinklady Asia telah  kembali bagi musim kedua setelah dengan jaya pada musim yang lalu. Miss Pinklady Asia merupakan rancangan pencari model yang akan menampilkan 12 peserta daripada 9 buah negara Asia seperti Malaysia sebagai tuan rumah, Thailand, Indonesia, Korea, Hong Kong, India Philipines, Singapore dan Hong. Para peserta datang daripada latar belakang yang berbeza akan berentap untuk merebut tahta Miss Pinklady Asia musim kedua ini.

12 orang peserta daripada 12 negara bergambar bersama hos MPL S2, Sunshine

Barcook Barkery Menawarkan Pelbagai Pilihan Roti Segar dan Enak Serta Dijamin Halal!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini Faries telah berkunjung ke sebuah kedai roti iaitu Barcook Barkery yang terletak di IOI Mall Puchong. Bun merupakan makanan kegemaran  Faries disebabkan kepelbagaian jenis bun yang dihasilkan serta gabungan kelembutan roti itu sendiri. Faries juga pernah bekerja part time di kedai roti dan roti bukan perkara asing lagi.hehehe. Apa yang menarik perhatian Faries untuk singgah di Barcook ini ialah pertamanya hiasan dan warna kedai ini sendiri menarik perhatin untuk Faries singgah taw.. 

International Music Video Award Festival (IMVAF 2020) Akan Dilancarkan Pada March 2020 Nanti!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Baru-baru ini, Faries telah menghadiri ke majlis pelancaran International Music Video Award Festival (IMVAF 2020) yang akan diadakan lebih kurang 4 bulan daripada sekarang. Apa yang bestnya tentang program ini ialah hiburan yang dibawakan lebih kepada kebajikan dan bukan untuk mendapat keuntungan semata-mata. Artis-artis tempatan juga terlibat di dalam pelancaran muzik video untuk IMVAF 2020 ini.

Thursday, November 21, 2019

Loca World Aplikasi Pintar Membantu Menghasilkan Flyers Digital & Video Bagi Mempromosikan Perniagaan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kini, pelbagai aplikasi pintar diwujudkan dengan tujuan membantu atau memudahakan  aktiviti seharian kita. Baru-baru ini , Faries telah pergi berjumpa dengan sebuah syarikat yang bakal melancarkan sebuah applikasi yang bernama " LOCA WORLD" pada bulan Febuari tahun hadapan. Menarik sungguh kalau nak bercerita pasal aplikasi ini. Memandangkan belum dilancarkan lagi. Faries nak bagi hint-hint je dulu dan yang pasni masa dilancarkan nanti pasti gempak dan mendapat sambutan!

Monday, November 18, 2019

Modello Sebuah Aplikasi Pintar Untuk Menjana Duit Sampingan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Walaupun anda telah mempunyai pendapatan tetap, namun tidak salah sekiranya anda menggunakan masa yang terluang selepas waktu kerja full-time anda bagi melakukan kerja-kerja freelance. Masa dapat terisi, bahkan pendapatan sampingan juga anda dapat. Best kan?

Tidak dinafikan, korang mungkin akan lebih berasa letih. Namun, ia hanyalah sementara sahaja. Sekiranya badan anda telah terbiasa dengan rutin harian yang sama pada setiap hari, badan anda juga akan dapat menerima rutin tersebut. Bagi Faries sendiri, kalau upah yang kita terima setimpal dengan usaha kita tak jadi masalah kan. Maklumlah sekarang duit tidaklah sebesar dahulu. Eh macam lama pulak mukaddimah.

Sunday, November 17, 2019

Le Meridien Putrajaya Mempromosikan Sambutan Krismas 2019 Bertemakan 'Fairytale"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kurang sebulan daripada sekarang kita akan sampai ke penghujung tahun 2019, rasa kejap je masa berlalu. Dan semestinya pada tiap 25 December seluruh rakyat Malaysia beragama kristian akan menyambut Hari Krismas.hehehe. Even kita yang beragama lain pun dah terbayangkan Snowmen, Reindeer dan sudah pasti Santa! Korang ada plan nak bawak seluruh keluarga makan bersempena dengan sambutan krismas ini? Jom ke Le Meridien Putrajaya. Ada macam-macam menu disediakan taw.

Thursday, November 14, 2019

NCIG Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bercakap mengenai rokok elektronik atau bahasa panggillannya "VAPE" akan ada yang mengatakan fungsinya sama seperti rokok dan lebih membahayakan. Disini Faries ingin tegaskan terdapat kebaikan dan keburukan untuk penghisap rokok elektrik ini dan malah nampak kebaikan lebih banyak berbanding menghisap rokok tradisional. Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh NCIG Sdn Bhd dengan tema NCIG total Solution, bertempat di MIECC Mines, Seri Kembangan. Banyak perkongsian baru yang Faries dapat mengenai rokok elektronik ini disini. Akan tetapi ada berita sedih tentang pemberhentian operasi syarikat NCIG ini. Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis.......

Monday, November 11, 2019

Program Merakyatkan Seni Budaya Tahun 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries berkesempatan hadir ke Program " Merakyatkan Seni Budaya" yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun  bertempat di The Summit USJ. Program ini buat kali pertama diadakan dihadiri oleh tetamu kehormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

Sunday, October 20, 2019

Sambutan Penuh Gilang Gemilang Festival Seni Selat Melaka (FSSM) 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Negeri penuh bersejarah di Malaysia tak lain tak bukan iaitu Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 Oktober 2019 bertempat di pekarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Program FSSM 2019 ini adalah hasil kerjasama dan cetun idea Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya. Nak tahu apa yang menariknya Program FSSM 2019 ini selama 3 hari berlangsung? Jom teruskan membaca....

Saturday, October 12, 2019

Lost World of Tambun(LWOT) Raikan Halloween Bertemakan "Day Of The Dead" Sepanjang Bulan October 2019!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan Oktober tiap tahun merupakan bulan yang dinantikan terutama di negara-negara barat dimana Sambutan Halloween merupakan salah satu tradisi disana. Apa itu halloween? Sambutan halloween merupakan sambutan dimana orang ramai memakai pakaian bertema dan selalunya karakter yang seram-seram lah. Kat Malaysia pun kini pun dah mula diperkenalkan sambutan ini taw. Baru-baru ini, Faries telah berkunjung ke Lost World of Tambun dan menyertai sambutan Halloween yang di panggil sebagai " DAY OF THE DEAD". Nak tahu apa yang menarik dan seronok ke tidak? Korang kena lah baca sampai abis......

MALAYSIAN@WORK Menjadi Aspirasi Buat Golongan Belia Dalam Belanjawan 2020!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Selesai sudah pembentangan Belanjawan Malaysia bagi tahun 2020 petang semalam. Pelbagai peruntukan dan dana akan disalurkan untuk keperluan rakyat semua. Faries ada kupas semalam mengenai bajet yang disalurkan kepada golongan belia melalui Kementerian Belia dan Sukan. Kalau belum baca boleh klik lini ini Belanjawan 2020: KBSSalah satu idea yang menjadi tarikan utama bagi golongan anak muda ialah Malaysian@Work atau Malaysia@Kerja

Friday, October 11, 2019

Ringkasan Belanjawan Malaysia 2020: Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap kali tibanya bulan Oktober pasti ramai diantara kita menanti-nantikan pembentangan belanjawan negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus cakna berkenaan hala-tuju, tujuan dan dasar-dasar yang telah dirangka oleh pihak kerajaan untuk kesejahteraan kita semua. Belanjawan bagi tahun 2020 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng di Parlimen sebentar tadi. Sebagai seorang Belia dan juga graduan baru, sudah pasti bajet untuk golongan belia menjadi perhatian Faries untuk ulas dan menilai adakah peruntukan yang disaluarkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat membantu pembangunan belia. Jom kita kupas satu-persatu..



Friday, October 4, 2019

Restoran Sisik Ikan Bakar Menawarkan Sajian Makanan Laut Segar dan Sajian Pelbagai!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua



Makan santai seisi keluarga pada waktu malam sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia termasuk Faries dan keluarga sendiri. Makan malam mesti nak makan makanan seperti ikan, sotong, udang dan kalau boleh yang sedap lah. Eh nak cerita ni, baru-baru ini Faries ada makan di salah satu kedai yang terletak di Klang. Menu-menu di umphhh dan kedai ini berada betul-betul bertentangan dengan GM Klang. Korang pernah dengan Restoran Sisik Ikan Bakar? Kalau belum korang kena cuba taw dan korang mesti nak tahu apa istimewanya kedai ni. Nak tahu tak? Jom baca sampai habisss........

Wednesday, October 2, 2019

Marrybrown Tawar Set 'Jimat Jumaat' Pada Harga Terendah dan Jimat Gilerr!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Nama Marrybrown bukan lagi asing bagi kita semua rakyat Malaysia. Menu apa yang paling korang ingat kalau makan dekat sini. Macam Faries sendiri menu paling best dan selalu order kalau makan dekat sini ialah Nasi Lemak dan juga Mee Kari Marrybrown..Pehhhh padu beb! Eh ada berita baik taw, dimana Marrybrown tengah adakan promosi "JIMAT JUMAAT" dimana harga terendah dah semestinya jimat ditawarkan. Korang nak tahu menu apa dan harga? Korang haruslah baca sampai habis.....

Saturday, September 28, 2019

Menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 Yang Diadakan Sempena Hari Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasanya macam dah lama betul tak join aktiviti treasure hunt dan last join masa zaman sekolah rendah kot.Seronok bersama kumpulan untuk selesaikan tugasan. Baru-baru ini Faries dan juga team telah menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 yang telah diadakan sempena Hari Malaysia tahun 2019 ini. Program ini merupakan kali yang ke 3 diadakan dan semestinya sambutan sangat mengalakkan dan  terdapat hampir 100 kumpulan yang terdiri daripada 400 orang peserta! Ramainya... Nak tahu Faries dan juga team berjaya ke tidak? Korang kena baca sampai habis.......

Tuesday, September 24, 2019

MATXI CORP Raikan Ulang Tahun Ke -2 Sekaligus Mengumumkan Kemasukan Ke Pasaran Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries telah menghadiri majlis sambutan Ulang Tahun ke-2 MATXI CORP dengan tema kebaboom " Glory To Glory ". Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu MATXI CORP sebab jarang dengar. Hakikatnya syarikat ini sangat berjaya dan telah menembusi pasaran pertamanya di Negara Vietnam. Kini MATXI CORP telah mencecah usia tahun yang kedua dan kejutan demi kejutan dilakukan dan sememangnya kejutan utama untuk sambutan kali ini adalah kejayaan mereka sendiri menembusi pasaran Malaysia. Nak tahu lebih lagi? Jom baca sampai habis......

Monday, September 23, 2019

Pekerjaan PertamaKu Selepas Tamat Belajar di UITM!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasanya Faries tak pernah berkongsi atau bercerita tentang pekerjaan sekarang. Ada lah post satu ke 2 kali dekat instagram dulu. Tu pun dekat IG story je. Rasa malas nak kongsi sangat pasal pekerjaan hakiki sebab biarlah korang semua tahu yang Faries kerja blogging jer.hahaha. Hari ini terbuka hati nak cerita pekerjaan tetap Faries sejurus tamat belajar! Nak tahu kan? Jom la baca panjang sikit.hehehe

Sebenarnya ini bukanlah pekerjaan pertama, sebelum ni Faries dah kerja macam-macam kerja sampingan dari jadi pam attendant kt stesen minyak, kerja kedai serbaneka ni KLIA2, kerja katering kahwin, jual air kt pasar sampailah jadi pemandu GRAB. Kite orang susah, nak tak nak mesti lah bekerja dan malas nak susahkan mak ayah sebab tahu dieorang pun ada banyak benda nak uruskan.

Muka lega lepas VIVA

Monday, September 9, 2019

Program 'Nak Ubah Hidup' 2019 Menggegarkan Setia City CC Sempena Bulan Kemerdekaan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Impian untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik merupakan impian semua orang. Perubahan itu memang perlu untuk kita menaik taraf kehidupan kita tetapi tiada petunjuk yang betul dan akhirnya membuatkan semua orang terpaksa kekal ditakuk yang lama. Rasanya Faries pernah kongsi dalam entri yang lepas dimana Faries telah hadir ke program pakar motivasi perniagaan terkenal iaitu Dr Azizan Osman. Beberapa hari lepas, Faries telah menghadiri sekali lagi ke acara besar dan kemuncak iaitu 'Nak Ubah Hidup' yang diadakan di Setia City Convention Centre bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62....

Saturday, August 31, 2019

Menikmati Halal Dimsum di China Treasures, Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap pasal makanan tradisi kaum cina mesti korang semua dah boleh teka kan? Dah semestinya Dimsum! Makanan kesukaan Faries dan rata-rata ramai kot yang suka tak kira apa kaum sebab kita kan hidup didalam satu rumpun. Tapi nak cari Dimsum yang Halal tu agak susah. Baru-baru ni, Faries makan Dimsum yang diiktiraf halal di Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara. Nak tahu apa yang best? Korang wajib baca sampai habis taw....

Monday, August 26, 2019

Kongsi Rahsia Produk Penjagaan Muka Terbaik Dari Australia Iaitu Natural Instinct

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap berkaitan produk penjagaan kulit terutamanya bagi lelaki boleh dikatakan agak rumit.Rata-rata lelaki tidak berapa kisah tentang penjagaan muka. Kadang-kadang dengan adanya produk pencuci muka sudah memadai walaupun kadar penggunaan itu boleh dikatakan tidak tetap. Faries bercakap berdasarkan pengalamn sendiri dan atas pemerhatian rutin harian kawan-kawan sekeliling juga. Hari ini Faries nak kongsi dengan korang semua tentang produk penjagaan muka yang Faries amalkan dan Faries rasa bagus untuk di kongsi iaitu produk penjagaan muka daripada Natural Instinct! Nak tahu apa kebaikan produk ini pada kulit muka? Jom baca sampai habis....

Untuk pengetahuan korang semua, Natural Instinct merupakan produk penjagaan muka yang dikeluarkan dari Australia. Produk ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang sangat baik untuk membantu memperbaiki kulit muka. Antara bahan-bahan semulajadi yang terdapat didalam produk ini adalah... Faries rasa sesetengah bahan-bahan agak terkenal dan korang tahu kebaikannya.

Saturday, August 17, 2019

Cendol Kampung Hulu Paling Popular Kini Berada Di Midvalley!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kebanyakan orang Malaysia sangat cintakan Cendol. Lagi-lagi tengah musim panas betul tu. Pekena cendol lagi Umppphh je rasa. Faries sendiri pun memang sukakan cendol sampai cendol tepi jalan yang sesak pun sanggup berhenti semata-mata nak menikmati cendol. Cakap pasal cendol ni, Faries nak cerita baru-baru ini Faries pergi ke Cendol popular iaitu Cendol Kampung Hulu yang terlatak di Midvalley! Nak tahu apa yang unik dan best tentang Cendol Kampung Hulu ni korang kenalah baca sampai habis......

Wednesday, August 14, 2019

Lepak Makan Santai Bersama Kawan-kawan Di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Steamboat dan Grill sememangnya makanan kegemaran Faries dan kawan-kawan. Boleh katakan dalam sebulan tu mesti sekali kena pergi makan bakar-bakar ni.  Tapi mestilah ada tempat wajib yang menjadi pilihan kami semua. Nak tahu la tu kan, yer nak kongsi beberapa hari lepas Faries dan kawan-kawan pergi makan disalah satu restoran steamboat and grill terbaik di Shah Alam iaitu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet. Nak tahu apa istimewanya steamboat dekat sini? Korang kena baca sampai habis taw...