Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Baru-baru ini, Negeri penuh bersejarah di Malaysia tak lain tak bukan iaitu Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 Oktober 2019 bertempat di pekarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Program FSSM 2019 ini adalah hasil kerjasama dan cetun idea Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya. Nak tahu apa yang menariknya Program FSSM 2019 ini selama 3 hari berlangsung? Jom teruskan membaca....