Tuesday, March 10, 2026

Lagu Raya Baharu 2026: 'Mari Menari Raya' Oleh JessC X Dato’ AC Mizal Dengan Irama Raya Moden Penuh Keceriaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Mari Menari Raya ialah sebuah lagu sambutan Hari Raya yang menggabungkan muzik popmoden dengan rentak hip-hop serta elemen perayaan tradisional Melayu. Lagu ini menampilkan susunan muzik yang rancak dan berirama, menggabungkan gaya muzik urban kontemporari dengan suasana gembira Hari Raya, sekali gus membentuk gaya muzik yang boleh digambarkan sebagai Festive Pop dengan sentuhan Hip-Hop groove. Melalui tempo yang sederhana pantas dan struktur muzik yang bertenaga, lagu ini menyampaikan suasana perayaan yang ceria, ringan dan penuh semangat, menggalakkan pendengar untuk bergerak mengikut rentak serta meraikan kegembiraan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Wednesday, January 21, 2026

AEON MALL Chinese New Year 2026 - Raikan “Prosperity Blossom” dengan Ganjaran Eksklusif & Aktiviti Meriah di Seluruh Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, AEON MALL dengan bangganya mempersembahkan kempen perayaan istimewa bertemakan “Prosperity Blossom”, sebuah kempen yang melambangkan kemakmuran yang berkembang melalui kebersamaan keluarga, komuniti dan kegembiraan di bawah satu bumbung.


Sebagai destinasi gaya hidup dan kekeluargaan sehenti, AEON MALL terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk meraikan musim perayaan dengan penuh makna. Sepanjang kempen AEON MALL Chinese New Year 2026, para pengunjung bakal menikmati pelbagai ganjaran premium, kolaborasi eksklusif dan aktiviti perayaan yang mengujakan di 27 AEON MALL seluruh negara.

Monday, September 22, 2025

AEON Mall AU2 Setiawangsa Hidupkan Semangat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini, Faries menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerjasama bersama AEON di AEON Mall AU2 Setiawangsa. Selalunya kita ke mall untuk shopping atau makan ataupun sekadar tengok-tengok tetapi kali ni AEON Mall AU2 Setiawangsa ubah suasana penuh dengan aktiviti sihat sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025. Untuk pengetahuan korang semua, acara ini dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.