Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini, Faries menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerjasama bersama AEON di AEON Mall AU2 Setiawangsa. Selalunya kita ke mall untuk shopping atau makan ataupun sekadar tengok-tengok tetapi kali ni AEON Mall AU2 Setiawangsa ubah suasana penuh dengan aktiviti sihat sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025. Untuk pengetahuan korang semua, acara ini dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
AEON memperkenalkan konsep Healthy Living Mall dengan pelbagai inisiatif sihat seperti laluan berjalan kaki, promosi makanan berlogo HCL, larangan merokok, kutipan e-waste, dan mesej kesihatan di seluruh pusat beli-belah.Bayangkan ruang Centre Court yang biasanya penuh booth jualan, kali ni jadi gelanggang zumba! Ramai yang join Mall Walking Challenge- jalan-jalan dalam mall tapi kumpul langkah sihat. Sampai masuk Malaysia Book of Records tau!
- Mall Walking Challenge di 28 AEON Mall (1–20 Sept) dengan sambutan lebih 2,000 peserta – turut catat rekod Malaysia Book of Records.
- Zumba, bengkel kesihatan & pemeriksaan percuma untuk semua lapisan masyarakat.
- AEON Weight Loss Rally & Charity Run yang menggalakkan gaya hidup sihat dan beramal.
Pesanan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly menegaskan, kesihatan bukan hanya tanggungjawab kerajaan. Rakyat perlu sama-sama melawan tabiat tidak sihat seperti pengambilan gula & garam berlebihan,merokok, gaya hidup sedentari. Menurut beliau juga, Perubahan besar bermula dengan langkah kecil iaitu dengan memilih makanan sihat, banyakkan berjalan, dan jadikan pusat beli-belah ruang gaya hidup sihat,” katanya.
Secara keseluruhan, BMSS 2025 di AEON Mall AU2 Setiawangsa membawa mesej jelas dimana kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Dengan kerjasama kerajaan, swasta dan komuniti, Malaysia boleh melahirkan masyarakat yang lebih aktif, cergas dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment