Friday, May 30, 2025

Filem Balas Balik (2025) — Kisah Dendam dan Rahsia Korporat yang Menggetarkan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-bari ini, Faries telah hadir ke preview filem Balas Balik yang merupakan satu naskhah yang menarik perhatian pembaca sejak baris awal lagi. Filem ini telah di pancarkan di pawagam bermula 29 Mei 2025. Cerita ini, mengangkat tema dendam, keadilan, dan pengampunan, cerita ini membawa pembaca menyusuri perjalanan emosi yang penuh konflik dan persoalan nilai kemanusiaan.

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Shukri Yahaya yang memegang watak utama sebagai Detektif Zul, bersama Tony Eusoff sebagai Roslan dan Marisa Yasmin sebagai Angel. Turut membintangi ialah Isyariana sebagai Nadia, Adam Lee sebagai Adam, dan Zarul Husin (Zarul Umbrella) sebagai Kamal. Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan lakonan Meor Mohd sebagai Jauhari, Razman Mahyuddin sebagai Ikhwan, Josiah Limsebagai Danial, serta Maisara Sufia sebagai Mimi. Kesemua pelakon ini berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan penuh berkesan dalam sebuah filem yang sarat dengan aksi, emosi, dan konflik yang mencengkam.

Sinopsis Ringkas

Filem Balas Balik arahan Feroz Kader merupakan sebuah naskhah penyiasatan jenayah yang penuh dengan ketegangan dan misteri. Mengangkat kisah Detektif Zul, lakonan mantap Shukri Yahaya, yang ditugaskan menyiasat kematian mengejut seorang CEO syarikat telekomunikasi, Datuk Roslan. Pada awalnya, kematian tersebut disifatkan sebagai akibat serangan jantung, namun siasatan mendalam membawa kepada penemuan rahsia gelap dan dendam tersembunyi yang mengubah segalanya.


Detektif Zul menyiasat kematian misteri Datuk Roslan yang dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung. Namun, penyiasatan membawa kepada pendedahan rahsia gelap dan dendam tersembunyi, membongkar identiti sebenar pembunuh di sebalik kematian tersebut

Secara keseluruhan, Faris rasa filem ini berjaya membawa penonton menyelami dunia penyiasatan yang penuh dengan teka-teki dan emosi. Dengan plot yang tersusun rapi dan lakonan yang meyakinkan, filem ini memberikan pengalaman menonton yang mendebarkan dan memuaskan. Gabungan elemen misteri, kuasa, dan dendam menjadikan Balas Balik sebuah filem yang wajar ditonton oleh penggemar genre penyiasatan jenayah.

Jom tonton cerita ini dipawagam terdekat anda sekarang!


#FilemBalasBalik
#SupportLocal

No comments: