Wednesday, August 2, 2023

vivo Y78 5g Baru Sahaja Dilancarkan Serendah RM 1,399!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang pasti ternanti-nanti smartphone yang ada spesifikasi gempak dengan harga rendah bukan? Vivo Malaysia mengumumkan pelancaran edisi terbaru siri Y mereka pada hari iaitu, vivo Y78 5G yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup pengguna dengan spesifikasi yang cemerlang dan luar biasa.

Ia menampilkan kamera 64MP OIS Anti Shake yang menakjubkan, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan sebanyak 8+256 GB yang mencukupi untuk hiburan tanpa gangguan. vivo Y78 5G boleh ditempah awal mulai hari ini dan akan dipasarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2023 dengan harga yang berpatutan pada RM1399.