Tuesday, June 25, 2024

AEON Berkolaborasi Bersama Kewpie Bagi Menambah Kepelbagaian Rangkaian Produk AEON Delicatessen

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


AEON sekali lagi melakukan inovasi kepada produknya apabila berkolaborasi bersama Kewpie untuk memberi variasi kepada pilihan produk AEON Delicatessen. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON Mall Cheras Selatan, Selangor.



Melalui kolaborasi ini, AEON Delicatessen akan menambah mayo berperasa cili padi oleh Kewpie kepada 10 variasi produknya termasuk sushi, bakeri dan delica. Menurut Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON, “Kami sentiasa ingin mempertingkatkan rasa dan kualiti produk di AEON Delicatessen dan yakin kolaborasi bersama Kewpie akan memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan kami. AEON berasa sangat bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang sangat terkenal dengan keenakan mayonnaise dan “dressings” di negara ini.