Thursday, February 28, 2019

Yee Sang Thank You Party dibawakan oleh PWTC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun 2019 sudah melabuhkan tirainya. Macam mana perayaan Tahun Baru Cina tahun ini? Meriah bukan walaupun Faries tidak menyambut perayaan ini, kemeriahan itu terasa dengan  adanya perhiasan-perhiasan menarik seperti replika pelbagai jenis tanglung, bunga-bunga musim luruh, banner ucapan “GONG XI FA CAI”, rumah-rumah Cina dan hiasan menggunakan angpau serta percikan bunga api. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum kite menghormati budaya dan adat setiap kaum dan itulah kunci keharmonian Malaysia sehingga kini. Ewah! Berkata-kata pulak kan.

Sunday, February 24, 2019

Mencuba Produk Pencuci Terbaik Serta Menijimatkan Keluaran AFY Haniff!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang suka dengan produk pencuci pinggan ataupun sabun pencuci tangan? Faries sangat tertarik dengan produk yang membersih dengan baik dan yang paling penting memberikan aroma wangian untuk setiap cucian yang korang lakukan. Hari ini Faries nak perkenalkan dekat korang semua satu jenama iaitu Afy Haniff. Mesti korang jarang dengar dan Faries baru sahaja tahu mengenai produk pencuci ini. Di dalam laman web seperti Lazada ataupun Shopee produk keluaran Afy Haniff ini sangat popular yer.

Untuk pengetahuan semua, AFY Haniff atau Afy Haniff Group (M) Sdn. Bhd merupakan sebuah jenama keluaran tempatan dimana telah mula beroperasi semenjak tahun 2006. Wah! Afy Haniff menghasilkan produk pencuci dan produk penghalau serangga menggunakan bahan-bahan organik. Kini, mereka telah memperluaskan jualan mereka ke hampir 2000 supermarket di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand. Nak tengok produk-produk yang Faries dah cuba? Jom teruskan membaca

Tuesday, February 19, 2019

Cenderahati Terbaik Hanya di PRINTCIOUS!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Masih ingat Faries pernah update pasal pembelian cenderahati di Printcious.com beberapa minggu yang lepas? Faries telah menerima bungkusan daripada Printcious. Alhamdulillah kesemua barangan Faries terima dengan baik sekali. Korang nak tahu barang apa? Teruskan membaca taw.....


Wednesday, February 13, 2019

Raikan Perayaan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon- Best Reunion Ever

Assalamualaikum dan Salam Semua


Hampir 2 tahun Faries tak menjejakkan kaki ke Taman Tema Terbesar di Malaysia iaitu Sunway Lagoon. Dulu kerap juga kesini bersama keluarga dan kawan-kawan. Baru-baru ini, Faries berkesempatan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ke Sunway Lagoon.

Apa yang menarik bersempena dengan Tahun Baru Cina tahun 2019 ini? Kali ini SL telah membawakan memberapa persembahan dan aktiviti-aktiviti menarik bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina ini. Tema untuk Perayaan Tahun Baru Cina ini ialah Sunway Lagoon Best Reunion Ever. 

Friday, February 8, 2019

Pengalaman Pertama Memasak Menggunakan Produk Organik Alce Nero- Cooking Right, Looking Good 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap tentang memasak je memang awal-awal dah surrender sebab memang tak ada kemahiran memasak. Kalau masak yang ringan-ringan boleh lah.hehehe. Baru-baru ini, Faries telah menyertai satu event memasak yang dibawakan oleh 100comments iaitu 'Cooking Right, Looking Good' tahun 2019 yang bertempat di Berjaya University College, Kuala Lumpur. Korang nak tahu apa yang jadi dan makanan apa yang Faries masak sepanjang program ini berlangsung? Jom teruskan membaca....


Tuesday, February 5, 2019

4Fingers Tawar Menu 'Firecracker Chicken' Sempena Tahun Baru Cina!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa kat sini pengemar ayam goreng 4Fingers? Cepat angkat tangan. hehehe. Sebenarnya Faries nak share sikit  pasal menu baru keluaran 4Fingers. Faries memang pengemar setia ayam 4Fingers sebab sedap dan kerangupan luar biasa tu. Aumm. Lapar pulak rasa tiba2!hehehe. Baru-baru ini Faries telah hadir ke acara food tasting menu baru 4Fingers.Nak tahu apa yang bestnya menu baru ni? Jom baca sampai habis...