Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perayaan Chap Goh Mei merupakan satu tradisi penting bagi masyarakat Cina. Sambutan ini biasanya akan dilakukan selepas 15 hari sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Chap Goh Mei sama seperti perayaan Tahun Baru Cina dimana akan dipenuhi dengan hiasan berwarna merah dan kemeriahan bunga api. Baru-baru ini Faries telah menghadiri ke satu majlis sidang media bersama IJM Land di pejabat IJM Land terletak di Seremban 2. Tahun ini IJM Land meneruskan lagi majlis sambutan perayaan Chap Goh Mei buat kali ke 6. Nak tahu apa intipati sambutan kali ini bersama IJM Land? Teruskan membaca.....