Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aktiviti serta pertunjukan yang ada:
+ 605-5428888
Bulan Oktober tiap tahun merupakan bulan yang dinantikan terutama di negara-negara barat dimana Sambutan Halloween merupakan salah satu tradisi disana. Apa itu halloween? Sambutan halloween merupakan sambutan dimana orang ramai memakai pakaian bertema dan selalunya karakter yang seram-seram lah. Kat Malaysia pun kini pun dah mula diperkenalkan sambutan ini taw. Baru-baru ini, Faries telah berkunjung ke Lost World of Tambun dan menyertai sambutan Halloween yang di panggil sebagai " DAY OF THE DEAD". Nak tahu apa yang menarik dan seronok ke tidak? Korang kena lah baca sampai abis......
Untuk pengetahuan korang semua, Sambutan Halloween yang diadakan di LWOT ini berkonsepkan sambutan Halloween tradisional orang Mexican. Rasanya korang dah boleh bayangkan konsep macam mana kan? Menurut Nurul Nuzairi yang merupakan Pengarah Urusan, LWOT, beliau ingin membawa kelainan untuk sambutan Halloween ini berbeza dengan konsep asal yang sering disambut di Negara barat seperti Amerika.
Konsep ini agak menarik dan memerikan perspektif positif dimana Halloween memang sinonim dengan hantu, kematian dan benda-benda yang menyeramkan tapi konsep Mexican ini membawa kepada konsep mengmbirakan dimana kematian membawa maksud kegembiraan bukan menyeramkan dan kehidupan selepas mati harus disambut dan diingati. Susah nak terangkan konsep ini tapi serius best dan seronok.
BRAND NEW FOREST OF THE DEAD!!
Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik dimana para pengunjung akan dilukiskan dengan cat bercahaya, mencuba hias Voodo Dolls dan mencuba nasib menggunakan kad Tarrot. Selain, para pengunjung juga dibenarkan bergambar bersama patung karakter disini.
Lokasi : Lost World Of Tambun, Perak
Tarikh:1-31 Oktober 2019
Pengunjung yang berpakaian tema halloween akan mendapat potongan 50% pada 31 Oktober 2019. Wow!
Aktiviti serta pertunjukan yang ada:
- A night to Remember
- The Beauty of Death Parade
- DH El Loco Party
- Tarot Card Fortune Telling
- Mariachi Band
- The Touch of Dead
- Soul of the Fire
- Voodo Doll DIY Craft
- Luminous Face Painting
- Meet the Dead Photo Sesssion
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lain, sila layari atau hubungi,
+ 605-5428888
20 comments:
Woo.. Seronok sangat dapat pergi dan rasai pengalaman macam ni.. Tapi kan.. MAcam tak ke Perak je bulan ni.. Alamatnya melepas lah LeYa untuk rasai pengalaman seram Halloween di LWOT
Argh jealousnya !BEst la awak dapat pergi sana. Teringin sangat nak rasa how's the celebration of Halloween etc ni tapi hakikatnya penakut. Takut hantu hahahaha.Tapi suka pi LWOT ni, especially masa pi glamping dulu.
lama tak pergi tambun. last pergi 2013 kot. atau 2012. nampaknya kena repeat bawak anak anak datang sini.
Bestnya dapat jejalan kat Forest of the Dead tu. Kalau Rawlins pergi, memang nak make up sekali, mesti mereka pun terkejut dengan make up Rawlins yang teruk hahaha
Rindunya nak pergi Lost world of tambun lagi! Best tengok tema Halloween ni. Last time Yaya pergi sempat masuk sebelah malam je sebab siangnya ada panggilan interview last minute haha. Rasa tak puas tak dapat explore semua. Nasib baik dapat merasa mandi air panas kat LWOT malam tu. Mee kari kat sana sedap!!
Menarik juga dia buat konsep hantu Mexico macam animasi The Book of Life. Sis belum pernah pergi Halloween. Tunggu next November nanti. Hehe
It is such a great event. This is perfect event and it is time to bring my kids to enjoy this place.
memang lain daripada yang lain tema kali ni. konsep yang menarik. suka dengan face art haha. macam nak pergi lagi sekali pulak :)
Tak pernh pergi tambun lagi..bestnya tengok ada aktviti macm ni..sambutan halloween denagn dekorasi menyeramkan..syokla...kalau bawk anak2 kang diaorng takut..hahaa
Wahh beruntung betul dapat ke event yang happening macam ni. Tapi jauh pulak tu sampai ke Perak..huhuhu
Aritu baru je pegi lost world tapi tak duduk sampai malam.hihi. tak pnah join halloween
Teringat movie coco bila baca konsep orang Mexican ni. Menarik tema halloween LWOT kali ni. Kalau dekat boleh kak ana terjah join the crowd.
honestly tak suka tema haloween ni..sebab scary jer. anak2 pun tak gemar ada watak2 hantu gitu, diorg jadi takut. nak LWOT kena tunggu habis bulan oktober ni dulu
untungnya kalau dapat pegi event macam ni, jarang2 dapat terdedah dengan konsep halloween
Sap nak diskaun kena pakai baju halloween.Haha.Sis sanggup asalkan dapat diskaun sebab bukan selalu eh LWT buat diskaun ni.
Bestnya.. Akak Teringin nak pi Tambun ni tapi xsampai2 lagi.. Next time boleh la masuk dalam planner utk pi ke sini.. Tpi kalau pi time Halloween takut anak2 pulak menangis.. Huhu
Happening LWOT! Mouse mommy belum sampai ke LWOT lagi. Nanti ada peluang mesti bawa famili pergi masa percutian.
tak pernah tak happening event kat LWOT. best kalau dapat join kan...nanti next year nak join jugaklah heheheh
Bestnya kalu dapat pegi LWOT nie.. Suka tema warna lampu yg pelbagai. Nmpk cantik n unik sangat.. AM suka.. Nnti leh la ajak AM sekali pegi yea
Wow meriah nyer Lost World of Tambun, setiap season ada aktivity and tema yang baru dan best best.
Post a Comment