Tuesday, September 24, 2019

MATXI CORP Raikan Ulang Tahun Ke -2 Sekaligus Mengumumkan Kemasukan Ke Pasaran Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries telah menghadiri majlis sambutan Ulang Tahun ke-2 MATXI CORP dengan tema kebaboom " Glory To Glory ". Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu MATXI CORP sebab jarang dengar. Hakikatnya syarikat ini sangat berjaya dan telah menembusi pasaran pertamanya di Negara Vietnam. Kini MATXI CORP telah mencecah usia tahun yang kedua dan kejutan demi kejutan dilakukan dan sememangnya kejutan utama untuk sambutan kali ini adalah kejayaan mereka sendiri menembusi pasaran Malaysia. Nak tahu lebih lagi? Jom baca sampai habis......

Pengenalan MATXI CORP




Syarikat Matxi Corp berpangkalan di Vietnam dulu dikenali sebagai Matxi S.G. yang merupakan anak syarikat kepada MICC Holding Sdn Bhd. Matxi memfokuskan  kepada  latihan dalam perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu untuk mendapatkan hasil perniagaan yang cemerlang. Korang boleh bayangkan tak, pengedar serta ejen seramai hampir 20,000 orang. Ramai bukan?

Slogan ' You Deserve A Better Life ' dimana didalam bahasa Melayunya bermaksud setiap orang berhak mendapatkan kehidupakan yang terbaik. Cuma kita pilih nak ataupun tidak. Semasa di majlis sambutan ulang tahun ini hampir satu dewan dipenuhi dengan agen-agen Matxi Corp yang cantik dan yang paling penting berjaya.






Sektor-Sektor Lain Yang Matxi Corp Sertai


Hartanah
Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
Percetakan dan Pembungkusan
Syarikat Penyelenggara Acara
Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
Restoran

Matxi Corp Mempunyai R&D Sendiri

Syarikat ini juga telah menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan dengan tujuan untuk mengkaji dan meningkatkan kualiti keluaran produk mereka. Matxi Corp juga telah menandatangi kontrak strategik dengan pusat R&D yang terletak di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Malaysia dengan tujuan berkongsi teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan mengikut piawaian yang ketat. Untuk pengetahuan korang semua, Matxi Corp juga merupakan pemilik Medino( Kilang GMP) yang terletak di Amata Industrial Park. Keluasan kilang yang hampir 7,000 m, boleh menghasilkan pembuatan makanan berfungsi, produk makanan dan komestik dengan kapasisi 1.5 juta dalam masa 1 bulan. Wow!!!!


MAX HEALTH @Matxi Corp



Antara salah satu produk keluaran Matxi Corp yang ditayangkan sempena majlis sambutan ulang tahun ke-2 mereka ini yang diberi nama Max Health. Produk ini merupakan salah satu supplemen kesihatan dan mestilah untuk lelaki. Tengok kandungan bahan-bahan didalamnya ada Tongkat Ali Physta, Greenage Enzymen, Mubberry dan beberapa kandungan lain yang semesti baik untuk kesihatan dalaman terutama buat lelaki kat luar sana tu. Tongkat Ali kot.hehehehe



Nak jugak try jadi pengguna pertama produk Max Healthi ni.hehehe

Akhirnya sekali, rasanya belum terlambat nak ucap tahniah kepada Matxi Corp sempena sambutan ulang tahun ke 2 ini serta berjaya memasuki pasaran Malaysia dan akan datang beberapa lagi negara seperti Korea dan Amerika Syarikat.

Nak tahu butiran lebih lanjut, sila klik terus ke



No comments: