Friday, March 31, 2023

Gumash Melancarkan Produk Saloon Collection & Gumash Color Expert Shampoo– Hotel Royale Chulan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

 

Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran produk baru Gumash bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara. Buat yang tak tahu Gumash ini produk apa, mereka merupakan pengeluar produk warna rambut mesra ibadah di Malaysia. Korang mesti nak tahu produk baru apa yang mereka rasmikan kan? Jom baca sampai habis.

 


Untuk pengetahuan semua, jenama Gumash sudah bertapak hampir 5 tahun bermula pada tahun 2018 dimana pengasas Gumash iaitu Datin Syarifah Farah Gumash binti Syed Hussain Al-Medwahi berkata di Malaysia terlalu banyak pilihan, pandangan dan pendapat yang tidak terkira tentang warna rambut yang mesra Ibadah. Sebagai umat Islam, beliau mencari jawapan pasti yang mana satu untuk dipilih. Perjalanan ini akhirnya terhasillah produk Warna Rambut Gumash yang berkonsepkan Inai yang menyerap air, tidak bersalut tukar tidak bersifat menyelaputi rambut dan bebas daripada paraben dan ammonia. Selain daripada itu, Gumash juga berkualiti tinggi dan sah wudhu.

 

Jom kita lihat Pelancaran produk saloon collection dan Gumash Color expert shampoo.

 

Gumash Color Expert Shampoo

 


 

Untuk sesiapa yang dah biasa warnakan rambut mesti tahu yang penjagaan rapi perlu untuk rambut selepas diwarnakan. Oleh itu, Gumash menghasilkan produk rambut iaitu shampoo yang diperkaya dengan argan oil dan vitamin E bagi membantu mengekalkan warna rambut tersebut dan bagi memastikan rambut sentiasa sihat.

 

 

Pada majlis perasmian tersebut, Datin Gumash turut mengadakan sesi soal jawab dan penerangan mengenai produk Gumash ini sendiri bersama panel syariah iaitu Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil. Alhamdulillah, Faries mendengar jawapan daripada panel-panel yang berpengalaman serta menjelaskan produk Gumash ini mesra ibadah dan sesuai dipakai untuk orang beragama islam.

 


Majlis ini juga diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama media bersama pengasas Gumash sendiri iaitu Datin Gumash dan suami.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari info dibawah:

 

https://gumashcolor.com

 

Facebook : https://www.facebook.com/gumashhaircolor
Instagram : https://www.instagram.com/gumashcolor




No comments: