Tuesday, December 19, 2023

Pengalaman Scaling dan Polishing di Klinik Pergigian Redha di Bandar Tun Hussien Onn

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Korang rasa bila kali terakhir korang berjumpa doktor gigi? Rasanya ramai daripada kita menganggap ia bukan satu keperluan selagi tiada masalah yang berlaku. Macam Faries sendiri, memang setiap tahun atleast sekali datang untuk cuci gigi ataupun kita panggil scaling. Walaupun amalan ni tak berapa betul, korang wajib jumpa Doktor gigi ya. Baru-baru ni Faries datang ke satu klinik berhampiran kawasan rumah untuk buat scalling dan polish gigi. Jadi, Faries nak kongsi pengalaman Faries buat scalling and polisihing di Klinik Redha BTHO.

Untuk pengetahuan semua, Klinik Redha atau di Redha Dental telah beroperasi sejak tahun 2000 dan hampir 23 tahun didalam bidang pergigian. Klinik ini terdapat 4 cawangan di Lembah Klang antaranya di Bandar Tun Hussien Onn, Semenyih, TTDI Grove dan Taman Bukit Cheras. Kalau korang nak tahu, dekat sini menawarkan pelbagai rawatan pergigian antaranya cabut gigi, tampal, scalling, braces, X-ray dan banyak lagi.

Tempat ruangan menunggu yang luas

Bilik X-Ray

Kemudahan tandas yang luas dan mesra OKU

Rawatan Scaling and Polishing

Sejujurnya dalam banyak-banyak rawatan cuci gigi, Faries rasa ini yang paling menyenangkan. Doktor baik dan mudah berurusan dan yang paling penting korang rasa selamat je. Korang kalau nak buat servis dekat sini, korang kena call dahulu untuk buat temujanji untuk elakkan masa menunggu yang lama. Lepas tu nanti korang datang mudah je urusan.

1. Periksa Keadaan Gigi

Sebelum rawatan bermula, Dr akan  periksa keadaan gigi kita. Alhamdulillah gigi Faries berada dalam keadaan baik. Kejap je Dr tengok lepastu ambil gambar keadaan gigi sebelum lakukan rawatan.

2. Consultation daripada Doktor

Setelah selesai melakukan pemeriksaan, Dr akan memberikan consulation tentang masalah gigi kita secara keseluruhan dan keadaan gigi sebelum melakukan rawatan scaling. Dr juga bagi peluang untuk kita bertanya masalah atau apa-apa yang kita ingin kongsi mengenai gigi kita.

3. Rawatan Scaling and Polishing 

Tempoh masa rawatan bergantung pada keadaan gigi kita, macam Faries bagitahu keadaan gigi Faries tidak lah teruk jadi masa rawatan dalam 30 - 1 jam sahaja. Lepas habis scaling, Dr akan buat polishing gigi. Polishing ni bukan rawatan whitening ye, ialah cuma proses polish bahagian gigi supaya nampak lebih bersih dan berseri. hihihi

Tempat Rawatan Kanak-kanak

Untuk ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk bawa anak kecil berjumpa dengan Dr gigi. Jangan risau dekat sini disediakan bilik khas untuk kanak-kanak. Sangat selesa bukan. Budak-budak perlukan persekitaran yang rilex untuk pastikan mereka lebih tenang dan lakukan rawatan gigi. Selain itu, kemudahan lain juga seperti tempat menunggu yang selesa, toilet yang luas dan mesra OKU.

Kalau korang nak tahu, ini merupakan pengalaman kedua Faries melakukan rawatan disini. Rawatan pertama, Faries lakukan tampalan gigi. Faries sangat berpuas hati dengan servis gigi disini dan inilah sebabnya Faries buat rawatan scaling disini. Kalau korang nak tanya mengenai rawatan atau apa2-apa berkaitan gigi, boleh terus hubungi Klinik Redha, mereka sangat membantu!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:

https://www.redhadental.com

atau

email- admin@redhadental.com

Redha Dental Clinic
No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, 
Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

No comments: