Saturday, February 24, 2024

Buffet Ramadhan 2024 Kuala Lumpur : Micasa Hotel Menawarkan Ramadhan Buffet Bertemakan Citarasa Khazanah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Untuk pengetahuan semua, Micasa Hotel Kuala Lumpur menawarkan buffet ramadan bertemakan "Citarasa Khazanah" yang diilhamkan oleh Chef terkemuka meraka iaitu Chef Adrian dan juga teamnya. Buffet ramadan di Micasa Hotel akan bermula pada 12 March sehingga 4 April 2024. 

Apa menu yang menarik ditawarkan pada tahun ini antaranya ialah kambing golek, ketam goreng, satay ayam dan daging, mee kari istimewa, pisang goreng, donut gebu, tofu bergedil dan semestinya makanan terkenal iaitu keropok lekor.





Selain itu, mereka menawarkan pelbagai menu menarik seperti pelbagai pilihan seafood yang dipanggil sebagai lautan seafood. Didalam hidangan ini, terdapat makanan laut seperti ketam, udang, clamp dan juga sotong. Selain itu terdapat salmon grill, spaghetti, satay serta pelbagai makanan tradisional yang lain. Korang tengok lah sendiri apa yang Micasa tawarkan untuk buffet ramadan tahun ni. Menyelerakan betul!







Harga Buffet Micasa Hotel 2024

Dewasa: RM 139 per pax

Kanak-Kanak (5-12 tahun) & Warga Emas : RM 95 per pax

*Pembelian awal (Early Bird) 29 Jan -29 Feb berharga RM 119 per pax untuk dewasa sahaja
*Pembelian secara kumpulan bagi pembelian 10 pax keatas, percuma 1 pax buffet untuk dewasa

Jadi apa tunggu lagi, jom bawa kenalan korang ke Micasa Hotel Kuala Lumpr untuk menikmati ramadhan buffet yang menarik semasa bulan puasa nanti.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, boleh layari ke 

www.micasahotel.com

infokul@micasahotel.com

No comments: