Saturday, March 23, 2024

TALIA Beauty Belanja Dua Motorsikal Bersempena Kempen Ramadan Raya 2024

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Baru-baru ini, Talia jenama kecantikan tempatan mengadakan majlis Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana di Tamarind Square, Cyberjaya bagi mempromosikan berberapa produk mereka antaranya busana baju raya dan beberapa produk supplement keluaran mereka. Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini. Untuk pengetahuan semua, Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri berkata motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.

Menurut pengasas, Talia, 38, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew. Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif

Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak. Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan. 


Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti. Terdapat lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan.Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja. Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri. 


Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte. Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu. 

Terkini, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk. 

Dapatkan maklumat lanjut produk dan promosi terkini Talia di sosial media:


No comments: