Monday, October 9, 2023

HUAWEI MALAYSIA Memperkenalkan Rangkaian Terkini Produk Berasaskan Ekosistem Artificial Intelligence (Alot)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seiring dengan pelancaran rangkaian peranti digital HUAWEI bertempat di Exchange 106 TRX Kuala Lumpur, mereka turut memperkenalkan rangakaian produk mereka yang menggunakan Artificial Intelligence-of-Things (AIoT) baharu HUAWEI dalam rangkaian penuh peranti pintar terkemuka termasuk WATCH GT 4, MatePad 11” PaperMatte Edition, FreeBuds Pro 3 dan HUAWEI WATCH Ultimate Design.

Produk inovatif ini menawarkan cara yang lebih bijak untuk pengguna meningkatkan gaya hidup harian mereka di dalam dan di luar rumah, sama ada mereka berulang-alik ke tempat kerja, melancong, menjalani sesi gim rutin mereka atau sekadar menikmati masa bersama keluarga di rumah.

Dengan pelancaran teknologi termaju dan canggih ini, HUAWEI mendayakan gaya hidup yang dipertingkatkan dan lebih cekap kepada setiap individu - menjadikan kehidupan pintar untuk semua orang mungkin dan akhirnya, menawarkan pengalaman tanpa sempadan dan lancar untuk semua.

KEINGINAN SEIRING FESYEN DENGAN HUAWEI WATCH GT 4

HUAWEI MALAYSIA Memperkenalkan Rangkaian Terkini Produk Ekosistem AIoT


HUAWEI WATCH GT 4

Tersedia dalam saiz 46mm dan 41mm, HUAWEI WATCH GT 4 mencerminkan ketukangan yang teliti dalam setiap perincian. Ia mencapai ketinggian baharu dalam penampilan sambil menjelmakan keanggunan dan kecanggihan melalui estetika geometri baharunya.

Direka kejuruteraan dengan mengutamakan keselesaan optimum pemakai, siri HUAWEI WATCH GT 4 dibina dengan bahan premium dan bahagian luar metalik yang bergaya. Reka bentuk ini menyerlahkan pengalaman pengguna, menyepadukan jam pintar dengan lancar ke dalam kehidupan seharian, mencerminkan prinsip keseimbangan, keharmonian dan reka bentuk yang inovatif.

HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION Keluaran Peranti Terbaik Tahun 2023

 Assalmualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini Huawei secara rasminya mengumumkan pelancaran HUAWEI WATCH GT 4dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION terbarunya, berikutan kejayaan besar pelancarannya di Eropah dan China. Faries berkesempatan hadir ke majlis gilang gemilang yang berlangsung di Exchange 106, TRX Kuala Lumpur.

Menjelmakan intipati cadangan "Fashion Forward", generasi baharu siri perdana HUAWEI WATCH GT mewakili satu peristiwa penting dalam perjalanan HUAWEI untuk menyatukan teknologi dan ekspresi fesyen. Dengan cadangan itu, ia menandakan era baharu fesyen boleh pakai yang memperkasakan pengguna untuk memperibadikan perjalanan kesihatan dan sukan mereka tanpa menjejaskan gaya.

Dikenali sebagai tablet paparan PaperMatte pertama di Malaysia, HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION direka untuk memenuhi keperluan pengkomputeran harian pelajar pengajian tinggi dan profesional muda.

HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION mendunia adunkan fesyen dan fungsi

Wednesday, August 2, 2023

vivo Y78 5g Baru Sahaja Dilancarkan Serendah RM 1,399!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang pasti ternanti-nanti smartphone yang ada spesifikasi gempak dengan harga rendah bukan? Vivo Malaysia mengumumkan pelancaran edisi terbaru siri Y mereka pada hari iaitu, vivo Y78 5G yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup pengguna dengan spesifikasi yang cemerlang dan luar biasa.

Ia menampilkan kamera 64MP OIS Anti Shake yang menakjubkan, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan sebanyak 8+256 GB yang mencukupi untuk hiburan tanpa gangguan. vivo Y78 5G boleh ditempah awal mulai hari ini dan akan dipasarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2023 dengan harga yang berpatutan pada RM1399.