Friday, December 23, 2022

Pengasas Skin Dessert Mengadakan Sidang Media Memperjelas Isu Viral di Sosial Media

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan kes viral produk kecantikan keluaran bumiputera bersama pihak KKM dan juga SIRIM. Korang mesti dah tahu produk apa sebab kes ini sangat hangat perkatakan dan dibincangkan di sosial media dalam beberapa bulan ini. Pengasas produk kecantikan ini iaitu Skin Dessert telah mengadakan sidang media khas bertempat di Ginger Restauran di Bamboo Hills untuk memperjelas keadaan dan situasi yang berlaku kepada syarikat itu mutahir ini

Skin Dessert Sidang Media


Untuk pengetahuan semua, Skin Dessert merupakan produk kecantikan yang diasaskan oleh Puan Zirra Abdullah bersama suaminya Encik Mohd Aliff Abd Kadir yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat. Jenama Skin Dessert ini merupakan produk keluaran keluaran daripada Syarikat Ailezee Sdn Bhd dan telah ditubuhkan pada tahun 2019 bertempat di Kuala Krai Kelantan.

Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.  Sidang media ini dihadiri oleh Puan Nur Nazuha binti Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, (peguam yang dilantik oleh Ailezee Rich Sdn Bhd), Encik Mohd Aliff Abd Kadir (Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert), Puan Zirra Abdullah (Pengasas Skin Dessert), agen/stokis dan pihak media.

Kejadian Isu Viral Bersama SIRIM


Kisah viral ini bermula apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial pada pada 4 Oktober 2022 dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut:

SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.

Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

Kenyataan KKM- Pembatalkan Skin Dessert Moisturizer Treatment


Kenyataan yang dikeluarkan SIRIM diruang komen Pn Zirra Abdullah sebenarnya seiring dengan berita penarikan produk mereka oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.

Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.

Pengujian Produk Oleh SIRIM

Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’.

SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.

Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

Keadaan Syarikat Selepas Isu Viral

Kenyataan dibuat SIRIM ini telah menguatkan desas desus dan telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

Ini secara tidak langsung lenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.Bahkan, syarikat juga terpaksa menanggung kerugian yang banyak diatas komen tersebut.

Kini kedua-dua pihak sudah berbincang dan SIRIM bersetuju untuk meneruskan pengujian terhadap produk skin dessert.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengam baik oleh kedua-dua pihak.


No comments: