Thursday, March 2, 2023

Instant Cafe Night Live Edisi X 2023- Hiburan Tanpa Henti

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hiburan terutamanya berbentuk komedi merupakan salah satu aktiviti yang baik yang boleh membawa kepada emosi berbentuk positif. Faries sendiri sangat seronok melihat hiburan berbentuk komedi sebab dapat membantu diri daripada masalah stress melalui gelak tawa. Komedi berbentuk standup ini bukan sahaja memberikan impak gelak tawa, mesej yang dibawakan kadang-kadang memberikan maksud yang lebih baik untuk kita pelajari. Bercakap pasal hiburan komedi ini, nak bagitaw yang Instant Cafe Theatre akan membawakan satu talk show komedi di Plenary Hall KLCC pada 18 March 2023. 

Untuk pengetahuan semua, Instant Cafe Night Live merupakan satu persembahan bual bicara berbentuk komedi yang pernah dibawakan pada tahun 2019 dan mendapat sambutan hangat daripada kalangan peminat. Talk show ini dikemudikan oleh Sean Ghazi, seorang penyanyi sensasi Malaysia dan pelawak stand up komedi paling comel iaitu Kuah Jenhan. Dan terpaling utama watak Jo Kukathas yang membawakan watak ikoniknya YBeeee dan satu lagi watak iaitu Curry Spice yang cukup berani. Korang memang kena tengok sebab Jo Kukathas sangat2 berbakat dan juga kelakar....

Dua watak yang dibawakan oleh Jo Kukathas- YBeeee & Curry Spice

Kalau korang nak tahu pasal watak dan kisah yang dibawakn oleh ICT ni korang boleh tengok disini https://instantcafetheatre.com/production/the-may-9-show/

Harga Tiket:

  • RM 588 (Meet and Greet)
  • RM 388 (Diamond)
  • RM 288 (Platinum)
  • RM 188 (Silver)

RM 88 (Special)- Harga baru untuk semua peminat

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi dan layari:

https://www.myticket.asia/

No: 03-86050196/012-2560082

FB & IG: shirazprojects/ instantcafetheatre

No comments: