Thursday, March 2, 2023

Buffet Ramadan Review 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur Menawarkan Hidangan Citarasa Desa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tiap-tiap tahun benda yang paling Faries tunggu-tunggu nak kongsi dengan korang ialah buffet ramadan! Alhamdulillah ini dah masuk tahun ke 5. Tak sabar kan nak makan sedap-sedap time puasa.  Ini pembuka review tahun ini, Faries nak kongsi dengan korang juadah-juadah berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua,  Hotel Royal Kuala Lumpur membawakan tema CITARASA DESA di buffet ramadhannya. Terletak di kawasan tiga emas Kuala Lumpur, Hotel Royal sememangnya cukup terkenal dengan sajian makanan yang cukup enak dengan pelbagai citarasa. Cuma istimewanya tahun ini, hidangan yang diperkenalkan dapat mengembalikan nostalgia lama.

Selain daripada itu, di majlis berbuka puasa nanti turut dibawakan dua orang yang rancak diperkatakan pada masa kini iaitu Kelly Azman dan Ayu Mayuni bagi menghiburkan anda semua sepanjang majlis berbuka puasa di Hotel Royal ini.

Jom kita tengok senarai hidangan yang ditawarkan antaranya:









Harga:

RM88.00Nett (Dewasa)
*Group: Every Beli 10 PERCUMA 1
RM58.00Nett (Kanak-kanak 5-12 tahun)
RM58.00Nett (Warga Emas 60 tahun keatas)

Early Bird
RM75.00Nett
*ditawarkan bermula 15 Feb – 15 March 2023

Macam mana? Menarik bukan! Menu-menu yang disediakan pelbagai dan banyak pilihan hidangan disediakan. Bab harga pula jangan risau sangat mampu milik untuk dikawan elit di tengah-tengah bukit bintang ini. Jom ajak semua family member korang berbuka puasa disini nanti.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari:

Hotel Royal Kuala Lumpur
Jalan Walter Grenier
55100 Kuala Lumpur,Malaysia
T: (603) 2148 6888 /2855/2813
F: (603) 2142 5359

No comments: