Thursday, November 17, 2022

Goal Bonanza Sempena Piala Dunia 2022 bersama AEON Serta Penampilan Khas Robbie Fowler!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bagi peminat bola sepak, pertandingan Piala Dunia 2022 yang dianjurkan di Qatar pastinya satu pertandingan yang sangat dinanti-nantikan.Piala Dunia FIFA, sering dipanggil Piala Dunia, ialah pertandingan bola sepak persatuan antarabangsa yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki senior ahli-ahli FIFA, badan induk global sukan itu. Justeru, AEON tidak melepaskan peluang untuk turut sama merasai kehangatan Piala Dunia tahun ini!

Untuk pengetahuan semua, bermula 15hb hingga 25hb ini pelbagai aktiviti akan diadakan di AEON Goal Bonanza untuk anda berpeluang memenangi barangan merchandise Piala Dunia yang ekslusif. Terdapat banyak pilihan barangan pasukan kegemaran anda. Meriahkan Piala Dunia anda kali ini dengan penuh ceria dan bergaya.

Berita baik! AEON turut membawakan pemain lagenda kelab Liverpool iaitu Roobie Fowler.


Robbie Fowler akan turut bersama-sama menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran  di AEON Mall Tebrau City, Johor pada 21hb Nov ini. 

Robbie Fowler juga akan hadir ke AEON MALL Ipoh Klebang pada 20hb Nov dan AEON MALL Shah Alam pada 22hb Nov untuk sesi ramah mesra bersama penyokong dan peminat.

Selain daripada itu, korang juga dapat menonton perlawanan antara England dan Iran secara live bersama lagenda tersebut.

Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai ke AEON Goal Bonanza. Anda juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON members/AmBank Credit Card).

No comments: