Sunday, November 27, 2022

Butik AS Hijab Cawangan Ke-Empat di Buka Di Nu Sentral

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa yang tak kenal dengan susuk tubuh ahli perniagaan berjaya Datuk Alif Syukri dan Datin Shahida. Mereka baru sahaja. Mereka baru sahaja merasmikan pembukaan cawangan ke empat perniagaan AS Hijab di NU Sentral semalam. Majlis yang simpled an cukup meriah dengan pelbagai cabutan bertuah buat pembeli bertuah yang hadir berkunjung dan membeli-belah di butik AS Hijab. Pelbagai aktiviti diadakan sempena pelancaran Butik AS ini.


Acara perasmian pembukaan dimulakan dengan bacaan doa dan dikuti dengan persembahan penari-penari cilik yang mempersembahkan tarian tradisional lengkap dengan busana tradisional. Sangat ayu dan comel melihat tarian penari-penari cilik ini.



Turut berlangsung juga acara fashion show daripada pragawati-pragawati yang menampilkan koleksi-koleksi tudung-tudung AS Hijab yang dijual di butik itu. Memang banyak rekaan dan jenis tudung terdapat di butik ini. Pelbagai design fesyen Muslimah yang ekslusif terdapat di As Hijab seperti, Primadona, Maharani, Bawal, Warda, Lunara, Inner Shahida, Sarung Klasik dan juga Bawal Swarovski. Semua design direka khas dan mesra untuk semua lapisan umur dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut citarasa masing-masing.



Kebanyakan rekaan tudung-tudung di AS hijab merupakan hampir seratus peratus idea daripada Datuk Alif sendiri yang sememangnya suka dengan design jenama terkenal diluar negara dan kebanyakannya idea daripada negara Turki dan Eropah.

Tidak terlepas juga terdapat jualan sehingga 80% potongan buat 50 pengunjung terawal dengan pembelian serendah RM10. Berpusu-pusu pengunjung untuk dapatkan potongan sehingga 80% ini.Sangat berbaloi sungguh menjadi pembeli terawal di Butik AS Hijab ketika di hari pelancaran tersebut.


Nak tahu lebih lanjut mengenai AS hijab, jom layari 

No comments: