Friday, April 16, 2021

Ombak Kitchen Tawar Set Berbuka Bersama Shellout Bagi Iftar Tahun 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Rasa macam dah lama tak makan shellout. Masa-masa pulak teringin nak makan seafood. Korang kalau mengidam makan shellout korang boleh ke Ombak Kitchen. Mereka tawarkan set berbuka puasa shellout Cajun Style. Baru-baru ini, Faries telah pergi ke Ombak Kitchen cawangan Bangsar dan iftar disana.

Tahun ini Ombak Kitchen menawarkan 3 jenis set berbuka puasa untuk para pelanggan yang cintakan pilihan seafood mereka. Set ini termasuk appertizer, combo dessert dan minuman. 3 set tersebut ialah Shifaa, Najwa dan Alisha. Korang boleh tengok lebih lanjut gambar disediakan dibawah.

Buat korang yang tak pernah lagi makan di Ombak Kitchen, korang kena pergi sebab Ombak Kitchen merupakan salah satu restoran terbaik dalam hidangan shellout. Seafood dia pun segar dan besar-besar.heheheh.

Ok jom kita tengok set iftar yang ditawarkan di ombak kitchen ini. Korang boleh antara 3 set ini dan setiap set boleh makan hingga 7 pax. Fuh. Ada berita baik lagi dimana korang boleh add on value untuk set yang korang pilih tadi. Contoh kalau nak tambah lagi crab ke, lobster ke? Harga seperti dibawah:



Add On Value

UP Grade H7 Crabs       RM 48.90++
H7 Crab                        RM 79.90++
Canadian Red Lobster   RM119.90++
Alaskan King Crab        RM199.00++


Untuk pengetahuan semua, set yang Faries dan kawan-kawan pilih ialah Set Shifa yang berharga RM 199 sahaja. Set ini boleh dimakan untuk 1-3 orang kalau nak 4 pun boleh. Cukup sangat.hehehe Dihidangkan set shellout bersama sos utama disini iaitu sos cajun dan ada satay ayam, lamb shawarma, dan juga meatball. Korang juga akan disediakan dengan kuih muih, kurma, pilihan minuman panas dan sejuk serta banyak lagi.

Secara keseluruhan ambience makan dekat sini best. Tempat tak crowded, bersih dan Faries suka dengan tema dekat ombak kitchen ni rasa macam feel naik kapal yela menu yang disediakan makanan laut kan. Makanan pun sedap, sos cajun tu merupakan sos signature dekat sini taw. Memang terbaik. Korang boleh la ajak kawan-kawan berbuka disini nanti.




Nak tahu lebih lanjut atau untuk tempahan, boleh hubungi

www.ombakkitchen.my


Bukit Jelutong Phone: 010-220 5946

Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Ombak Kitchen Bukit Jelutong
5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, 
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

16 comments:

Tekkaus said...

Was supposed to be here last year but could not make it due to the pandemic. Hopefully we could visit his awesome place for foodie in the future.

Ezna Khalili said...

Jauh2 pulak nak pergi Ombak Kitchen ni kat Bangsar tak pun kat Bukit Jelutong. Seriously sis memang peminat makanan laut. Nak kena terjah juga sini satu hari nanti.

Aerill Hassan said...

wahh sedap ni seafood. saya pun dah lama dah tak makan seafood ni. okay nnti nak set lah time. boleh datang dgn member :)

khai artzfar said...

sedapnya! kite memang suka makan dekat sini cuma tu lah tak boleh selalu hahaha sebab tak mampu jadi bila nak belanja kite makan sini ? eh

Fadima Mooneira said...

Wow.......bagus btul package NIe utk peminat shell out and seafood. The food looks yummy. Thank you for sharing.

Rawlins GLAM said...

Nie yang gi makan tak hajak kita kan? Sampai hati pergi berbuka puasa dengan yang tersayang tak ajak kita
Eh

AyuArjuna BiGoshh said...

amboiii macam2 jenis seafood ada dan semuanya nampak sedap dan menarik.. one day kena terjah juga ni

Ika.S said...

Nampak menarik semua makanan yang ada :) Boleh masukkan dalam list ni.

Sis Lin said...

Tekak ni memang teringin nak maklan shellout puasa ni, cuma belum masanya lagi.. asihhh nampak plak sini.. kawan Sis kata menu sini semua sedap tau, one day nak cuba gak makan sini..

Kitkat Nelfei said...

Menarik juga ye berbuka puasa kat Ombak Kitchen makan seafood and shellout mcm ni.. šŸ¤¤šŸ¤¤šŸ¤¤ Lama tak singgah dah sini.. Last pergi pun tahun lepas masa habis first PKP.. Kena repeat ni..

dr-Life said...

My number one seafood place to go. Their seafood so fresh and delicious I like it so much

Marina Bashah said...

Wahh bestnye iftar dengan shell out. Tak pernah lagi makan shell out. Menu dia menarik

Ruby said...

Akak teringin ke sini! Tak pergi-pergi lagi. Nanti nak booking lah. Hari tu nak pergi dah PKP. Jadi tunda dah setahun oiii. Hahaha.

Huda Halid said...

Wow boleh tahan juga harga makan kat sini. hidangan shell out memang menggoda betul..

Mahamahu said...

Untunglah dapat makan kat tempat Have-have ni untuk berbuka puasa hehehehe kita makan tempat biasa jer wakakakak lama tak makan shell out nak juga teringin sangat...

Faiq Najmi said...

wow boleh tahan menarik hidangan shelloutnya. lepas lockdown ni kena cuba juga rasa shellout dia.