Monday, October 9, 2023

HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION Keluaran Peranti Terbaik Tahun 2023

 Assalmualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini Huawei secara rasminya mengumumkan pelancaran HUAWEI WATCH GT 4dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION terbarunya, berikutan kejayaan besar pelancarannya di Eropah dan China. Faries berkesempatan hadir ke majlis gilang gemilang yang berlangsung di Exchange 106, TRX Kuala Lumpur.

Menjelmakan intipati cadangan "Fashion Forward", generasi baharu siri perdana HUAWEI WATCH GT mewakili satu peristiwa penting dalam perjalanan HUAWEI untuk menyatukan teknologi dan ekspresi fesyen. Dengan cadangan itu, ia menandakan era baharu fesyen boleh pakai yang memperkasakan pengguna untuk memperibadikan perjalanan kesihatan dan sukan mereka tanpa menjejaskan gaya.

Dikenali sebagai tablet paparan PaperMatte pertama di Malaysia, HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION direka untuk memenuhi keperluan pengkomputeran harian pelajar pengajian tinggi dan profesional muda.

HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI MATEPAD 11” PAPERMATTE EDITION mendunia adunkan fesyen dan fungsi

Wednesday, August 2, 2023

vivo Y78 5g Baru Sahaja Dilancarkan Serendah RM 1,399!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang pasti ternanti-nanti smartphone yang ada spesifikasi gempak dengan harga rendah bukan? Vivo Malaysia mengumumkan pelancaran edisi terbaru siri Y mereka pada hari iaitu, vivo Y78 5G yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup pengguna dengan spesifikasi yang cemerlang dan luar biasa.

Ia menampilkan kamera 64MP OIS Anti Shake yang menakjubkan, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan sebanyak 8+256 GB yang mencukupi untuk hiburan tanpa gangguan. vivo Y78 5G boleh ditempah awal mulai hari ini dan akan dipasarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2023 dengan harga yang berpatutan pada RM1399.

Tuesday, June 27, 2023

Majlis Bandaraya Petaling Jaya Meraikan Ulang tahun ke -17 Bertemakan 'PJ Love U'

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Dalam sedar tak sedar dah hampir 17 tahun Petaling Jaya memeng status Bandaraya. Siapa yang tak kenal dengan kawasan PJ yang sangat popular dikalangan masyarakt yang tinggal di kawasan sekitar lembah Klang. Sambutan ulang tahun ini bertemankan 'PJ Love U' bertempat di Laman MBPJ di hadapan Ibu Pejabat MBPJ pada hari sabtu yang lalu.