Sunday, November 13, 2022

Program ‘Kita Rewang Sekampung’ Peringkat Daerah Kuala Langat 2022 Bersama Masyarakat Setempat

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Baru-baru ini, Program Kita Rewang Sekampung telah diadakan di daerah Kuala Langat Selangor bertempat di Dataran Batu Laut Tanjung Sepat pada 11 dan 12 November 2022. Ini adalah antara usaha kerajaan Negeri Selangor dalam antara mengeratkan hubungan masyarakat berteraskan tradisi masyarakat terdahulu yang melakukan gotong-royong membantu keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan atau kesyukuran dalam komuniti setempat. Ini merupakan pengalaman pertama Faries ikut serta dalam program seperti ini dan ianya sangat menarik dan macam-macam aktiviti yang Faries dapat lihat dan pelajari.

Thursday, November 10, 2022

Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall Menawarkan Makanan Laut Murah dan Segar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Buat peminat makanan seafood korang pasti susah atau tak tahu dekat mana nak cari seafood yang sedap plus murah dekat area KL ni. Ok ni nak cerita, baru baru ni Faries dan kawan-kawan pergi sendiri ke sebuah restoran yang terletak di Galaxy Ampang Mall. Restoran ini namanya Restoran Zaman Ku. Apa yang menarik sangat seafood dekat sini? Jom teruskan membaca....

Restoran Seafood Zamanku baru beroperasi lebih kurang dalam setahun lebih dan ianya cukup dikenali dikalangan masyarakat setempat terutama kesegaran hidupan laut yang ditawarkan dalam setiap masakannya.


Friday, November 4, 2022

Infinix HOT 20 Series Menawarkan Kamera Super Nightscape 5OMP-Telefon Pintar Terbaik Dalam Kelasnya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Semalam secara rasminya, telefon pintar keluaran Infinix HOT 20 Series dilancarkan. Infinix menawarkan Gaya Hidup #FastAndFun dengan Kamera Super Nightscape 5OMP - Yesza korang!Jenama telefon pintar antarabangsa Infinix, telah melancarkan HOT 20 serba baharu dengan ciri yang dipertingkatkan dan prestasi yang cukup hebat. Ini bagi memenuhi gaya hidup pengguna hari ini.


Didatangkan dengan Super Nightscape 50MP, pemproses MediaTek Helio G85 yang dinaik taraf untuk prestasi hebat, Paparan Immersive Fluid Punch Hole 6.82-inci, sehingga 11GB Extended RAM + 128GB ROM dan dikuasakan oleh XOS 12.0. Bayangkan harga yang ditawarkan hanyalah RM599 sahaja.