Sunday, October 16, 2022

AEON Melancarkan Drama Bersiri Sayap Bagimu Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke 38

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran dan tayangan gala drama bersiri Sayap Bagimu di TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur. Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama ini antaranya, Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi.

Wednesday, October 12, 2022

Gila Gadgets Shah Alam Menawarkan Servis Baiki Handphone and Laptop Termurah dan Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Bila handphone rosak terutamanya pengguna Iphone mesti dilema nak betulkan dekat mana. Bila cek dengan apple punya servis centre, harga yang ditawarkan kadang-kadang rasa terlalu mahal dan lebih daripada budget yang kita ada. Sampai Faries rasa lebih baik beli handphone baru je kalau macam tu. Nasib baik, baru-baru ini Faries jumpa satu kedai baiki handphone iaitu Gila Gadgets cawangan Shah Alam.

Tuesday, October 11, 2022

Pengalaman Pertama Water Rafting di Sungai Kampar Perak

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Aktiviti water rafting merupakan salah satu aktiviti yang dah lama sangat Faries nak buat tapi masih belum ada masa dan juga disebabkan kesibukkan berkerja. Baru- baru ini, semasa Faries pergi ke Kampar Perak, aktiviti lasak ini merupakan salah satu aktiviti yang kami lakukan. Disini, aktiviti ini dikenali dengan nama White Water Rafting dan sememangnya terkenal disini.