Thursday, November 4, 2021

Rouhi Retreats Villa Berkonsepkan Moden Kontemporari Di Pulau Langkawi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dengan kuwujudan 99 buah pulau dan keindahan yang mengasyikkan, Pulau Langkawi tidak disangkal lagi adalah syurga tropika yang wajib dilawati sesiapa sahaja. Menjadi destinasi pilihan dunia, permata bagi negeri Kedah ini kaya dengan tarikan-tarikan alam semula jadi yang mempesonakan. Dikelilingi oleh pantai-pantai berpasir putih, hutan-hutan hujan yang membekalkan udara yang menyegarkan, air terjun yang indah dan banyak lagi, segalanya tidak mungkin dapat habis dilawati dalam masa sehari.

Disebabkan kesempurnaannya ini, Langkawi menjadi destinasi yang popular dalam kalangan bukan sahaja pelancong solo, tapi juga untuk percutian bersama keluarga. Oleh itu, tempat penginapan tumbuh bagai cendawan disini tak kira daripada harga yang mahal sehingga yang terendah. Namun begitu, disebabkan pandemik covid 19, banyak tempat penginapan terjejas disebabkan ketiadaan pengunjung. Nak dijadikan cerita, pada 2 minggu yang lepas, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke Langkawi dan menginap di Villa baru iaitu Rouhi Retreats yang terletak di Ulu Melaka, Ayer Hangat. Mesti korang nak tahu apa yang menariknya menginap disini.

Rouhi Retreats

Saturday, October 30, 2021

Dayang Bunting Campsite,Tempat Tarikan Terbaru Aktiviti Camping di Pulau Langkawi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aktiviti camping atau lebih mesra dipanggil sebagai aktiviti perkhemahan kini merupakan aktiviti paling popular semenjak pandemik covid 19 melanda. Aktiviti ini boleh dikatakan lebih mencabar dan yakni boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan kawan-kawan berbanding menginap di hotel-hotel mewah. Baru-baru ini Faries dapat merasai sendiri aktiviti camping di Pulau Langkawi iaitu di Dayang Bunting Campsite. Korang mesti tertanya-tanya dimana lokasi sebenar tempat ini kan?

Pengalaman Pertama Terbang Bersama Firefly ke Langkawi

 Assalamualikum dan Salam Sejahtera Semua...

Semenjak sempadan negeri dibuka, orang ramai berpusu-pusu dan tak lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti yang selama ini terhenti disebabkan pandemik covid 19. Diharapakan kita semua kekal menjaga SOP dan kita boleh kembali hidup normal seperti dahulu. Nak cerita dekat sini, baru-baru ini Faries dan kawan-kawan pergi ke Pulau Langkawi tapi yang menariknya ialah ini kali pertama Faries terbang bersama Firefly Airlines. Nak tahu pengalaman Faries terbang bersama Firefly? Jom teruskan membaca...