Monday, January 11, 2021

Dewan Perdana Felda Penuhi Impian Raja Sehari Dengan Konsep Perkahwinan Ala Moden Dan Kontemporari

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Majlis resepsi perkahwinan adalah satu majlis terpenting buat raja sehari yang inginkan meraikan hari bahagia bersama pasangan tak lupa juga keluarga dan sahabat handai. Faries sendiri mengimpikan majlis perkahwinan impian yang boleh mengembirakan semua orang. Baru-baru ini, Faries menghadiri satu majlis perkahwinan Fahmi dan Izzati yang diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Daripada luar dah nampak tersergam indah dewan ini dan betapa beruntungnya pasangan mempelai mimilih dewan ini bagi meraikan hari istimewa mereka.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Tuesday, January 5, 2021

Nasi Lemak Bamboo SS2 PJ Memenuhi Citarasa Tempatan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Bercakap bab makanan mesti korang semua suka kan termasuk Faries sendiri. Sebab tu angan-angan nak diet tu macam simpan je sampai akhir tahun.hahahaha. Baru-baru ini, Faries dengan kawan-kawan telah pergi ke restoran nasi lemak terkenal iaitu Restoran Nasi Lemak Bamboo yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Apa yang istimewanya Nasi lemak dan menu-menu lain dekat sini? Jom baca sampai habissssss.......

Wednesday, December 30, 2020

KL Bird Park Menawarkan Harga Promosi Weekday Supersave Tahun 2020

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hujung-hujung tahun ini korang buat apa jer? Selalunya kita semua akan menghabiskan masa bercuti bersama orang tersayang. Meskipun tahun ini sedikit berbeza disebabkan pandemic Covid 19. Kita masih boleh bercuti tetapi harus mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke KL Bird Park atau dikenali sebagai Taman Burung. Ini merupakan kali pertama Faries kesini dan boleh dikatakan Faries dapat lihat pelbagai spesis burung dan best lahhhh..