Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rasa macam dah lama tak manjakan kulit muka almaklumlah sibuk dengan kerja dan urusan hari-hari. Faries rasa kali terakhir buat rawatan muka pada pertengahan tahun lepas. Dan korang pun tahu yang lelaki biasalah tidak menitik beratkan sangat pasal penjagaan kulit walaupun Faries boleh dikategorikan sebagai lelaki metroseksual tetapi bab penjagaan kulit ni memang liat sikit. Tapi kalau dah ada tumbuh jerawat atau parut mulalah tak senang duduk.hahaha. Ok macam dah panjang sangat je kan membebel, sebenarnya nak bagitahu yang Faries baru sahaja mendapatkan rawatan laser di Dr Chong Klinik yang terletak di Kepong. Nak tahu Faries buat rawatan apa dan review Faries? Korang kena baca entri ni sampai habis.....