Tuesday, March 24, 2020

Bicara Kesihatan dan Kecantikan Bersama TOSCANA MEDI CLINIC di Swiss Garden Genting Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap pasal kecantikan jer pasti ramai antara kita yang seronok sebab zaman kini kecantikan merupakan benda penting yang kita perlu terapkan. Dan untuk pengetahuan semua, kecantikan bukan sahaja perkataan sinonim untuk wanita, lelaki juga kini sudah mula menjaga penampilan luar dan dalam. Macam Faries sendiri kalau nak diukur mengenai soal kecantikan ni masih boleh dikatakan berada di peringkat pertengahan sebab masih menjaga soal kecantikan kulit muka, rambut dan sebagainya tapi tidak terlalu mendalam.hehehe. Baru-baru ini Faries telah menghadiri satu talk mengenai kesihatan dan kecantikan yang dianjurkan oleh Toscana Medi Clinic (TMC) di Swiss Garden, Genting Highland. Nak tahu apa intipati talk tersebut dan apa rawatan yang ditawarkan oleh TMC? Korang kena baca sampai abis.hehehe

Sunday, March 22, 2020

Ramadhan Buffet 2020: Sajian Warisan Budaya Citarasa Yang Ditawarkan Di Swiss Garden Genting Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan ramadhan yang penuh berkat akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Korang dah tak sabar nak menjalani bulan ramadhan pada tahun ini? Hari ini Faries nak kongsi dengan korang semua tempat berbuka puasa ala-ala suasana sejuk nun jauh disana di Swiss Garden, Genting Highland.hehehe. Kalau korang nak menginap sekali korang boleh baca entri Faries mengenai pengalaman Faries menginap disana. Klik Sini. Jom kite tengok menu apa yang menarik ditawarkan disini....

Saturday, March 21, 2020

Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam di Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Cuti sekolah hampir berakhir tatkala kita semua rakyat Malaysia berada didalam perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak pendemik Covid-19 ini. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan pastikan cuci tangan bersih dan sentiasa membawa hand sanitizer kemana sahaja. Ingatkan sempena dengan cuti sekolah ini nak kongsi tempat penginapan menarik yang Faries telah pergi baru-baru ini iaitu di Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland. Tak apa korang boleh pergi nanti bawa anak-anak, kawan-kawan. keluarga selepas keadaan ini reda..

Untuk pengetahuan semua. Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland ini terletak di tidak jauh daripada Puncak Genting Highlands yang sibuk dan selain itu hotel berada di lokasi utama tanpa terhalang oleh kesibukan bandar dengan pelbagai kemudahan gaya hidup dan persekitaran yang ideal dengan udara segar dan iklim gunung 19 ° C - 25 ° C . Hotel ini baru sahaja beroperasi tahun lepas dan boleh kata serba lengkap dan baru.