Thursday, November 14, 2019

NCIG Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bercakap mengenai rokok elektronik atau bahasa panggillannya "VAPE" akan ada yang mengatakan fungsinya sama seperti rokok dan lebih membahayakan. Disini Faries ingin tegaskan terdapat kebaikan dan keburukan untuk penghisap rokok elektrik ini dan malah nampak kebaikan lebih banyak berbanding menghisap rokok tradisional. Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh NCIG Sdn Bhd dengan tema NCIG total Solution, bertempat di MIECC Mines, Seri Kembangan. Banyak perkongsian baru yang Faries dapat mengenai rokok elektronik ini disini. Akan tetapi ada berita sedih tentang pemberhentian operasi syarikat NCIG ini. Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis.......

Monday, November 11, 2019

Program Merakyatkan Seni Budaya Tahun 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries berkesempatan hadir ke Program " Merakyatkan Seni Budaya" yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun  bertempat di The Summit USJ. Program ini buat kali pertama diadakan dihadiri oleh tetamu kehormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

Sunday, October 20, 2019

Sambutan Penuh Gilang Gemilang Festival Seni Selat Melaka (FSSM) 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Negeri penuh bersejarah di Malaysia tak lain tak bukan iaitu Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 Oktober 2019 bertempat di pekarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Program FSSM 2019 ini adalah hasil kerjasama dan cetun idea Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya. Nak tahu apa yang menariknya Program FSSM 2019 ini selama 3 hari berlangsung? Jom teruskan membaca....