Monday, September 9, 2019

Program 'Nak Ubah Hidup' 2019 Menggegarkan Setia City CC Sempena Bulan Kemerdekaan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Impian untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik merupakan impian semua orang. Perubahan itu memang perlu untuk kita menaik taraf kehidupan kita tetapi tiada petunjuk yang betul dan akhirnya membuatkan semua orang terpaksa kekal ditakuk yang lama. Rasanya Faries pernah kongsi dalam entri yang lepas dimana Faries telah hadir ke program pakar motivasi perniagaan terkenal iaitu Dr Azizan Osman. Beberapa hari lepas, Faries telah menghadiri sekali lagi ke acara besar dan kemuncak iaitu 'Nak Ubah Hidup' yang diadakan di Setia City Convention Centre bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62....

Saturday, August 31, 2019

Menikmati Halal Dimsum di China Treasures, Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap pasal makanan tradisi kaum cina mesti korang semua dah boleh teka kan? Dah semestinya Dimsum! Makanan kesukaan Faries dan rata-rata ramai kot yang suka tak kira apa kaum sebab kita kan hidup didalam satu rumpun. Tapi nak cari Dimsum yang Halal tu agak susah. Baru-baru ni, Faries makan Dimsum yang diiktiraf halal di Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara. Nak tahu apa yang best? Korang wajib baca sampai habis taw....

Monday, August 26, 2019

Kongsi Rahsia Produk Penjagaan Muka Terbaik Dari Australia Iaitu Natural Instinct

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap berkaitan produk penjagaan kulit terutamanya bagi lelaki boleh dikatakan agak rumit.Rata-rata lelaki tidak berapa kisah tentang penjagaan muka. Kadang-kadang dengan adanya produk pencuci muka sudah memadai walaupun kadar penggunaan itu boleh dikatakan tidak tetap. Faries bercakap berdasarkan pengalamn sendiri dan atas pemerhatian rutin harian kawan-kawan sekeliling juga. Hari ini Faries nak kongsi dengan korang semua tentang produk penjagaan muka yang Faries amalkan dan Faries rasa bagus untuk di kongsi iaitu produk penjagaan muka daripada Natural Instinct! Nak tahu apa kebaikan produk ini pada kulit muka? Jom baca sampai habis....

Untuk pengetahuan korang semua, Natural Instinct merupakan produk penjagaan muka yang dikeluarkan dari Australia. Produk ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang sangat baik untuk membantu memperbaiki kulit muka. Antara bahan-bahan semulajadi yang terdapat didalam produk ini adalah... Faries rasa sesetengah bahan-bahan agak terkenal dan korang tahu kebaikannya.