Sunday, February 24, 2019

Mencuba Produk Pencuci Terbaik Serta Menijimatkan Keluaran AFY Haniff!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang suka dengan produk pencuci pinggan ataupun sabun pencuci tangan? Faries sangat tertarik dengan produk yang membersih dengan baik dan yang paling penting memberikan aroma wangian untuk setiap cucian yang korang lakukan. Hari ini Faries nak perkenalkan dekat korang semua satu jenama iaitu Afy Haniff. Mesti korang jarang dengar dan Faries baru sahaja tahu mengenai produk pencuci ini. Di dalam laman web seperti Lazada ataupun Shopee produk keluaran Afy Haniff ini sangat popular yer.

Untuk pengetahuan semua, AFY Haniff atau Afy Haniff Group (M) Sdn. Bhd merupakan sebuah jenama keluaran tempatan dimana telah mula beroperasi semenjak tahun 2006. Wah! Afy Haniff menghasilkan produk pencuci dan produk penghalau serangga menggunakan bahan-bahan organik. Kini, mereka telah memperluaskan jualan mereka ke hampir 2000 supermarket di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand. Nak tengok produk-produk yang Faries dah cuba? Jom teruskan membaca

Tuesday, February 19, 2019

Cenderahati Terbaik Hanya di PRINTCIOUS!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Masih ingat Faries pernah update pasal pembelian cenderahati di Printcious.com beberapa minggu yang lepas? Faries telah menerima bungkusan daripada Printcious. Alhamdulillah kesemua barangan Faries terima dengan baik sekali. Korang nak tahu barang apa? Teruskan membaca taw.....


Wednesday, February 13, 2019

Raikan Perayaan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon- Best Reunion Ever

Assalamualaikum dan Salam Semua


Hampir 2 tahun Faries tak menjejakkan kaki ke Taman Tema Terbesar di Malaysia iaitu Sunway Lagoon. Dulu kerap juga kesini bersama keluarga dan kawan-kawan. Baru-baru ini, Faries berkesempatan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ke Sunway Lagoon.

Apa yang menarik bersempena dengan Tahun Baru Cina tahun 2019 ini? Kali ini SL telah membawakan memberapa persembahan dan aktiviti-aktiviti menarik bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina ini. Tema untuk Perayaan Tahun Baru Cina ini ialah Sunway Lagoon Best Reunion Ever.