Saturday, December 1, 2018

AgroBazaar Online Anjur Pelbagai Aktiviti Menarik di MAHA 2018 Serta Memperkenalkan Beberapa Produk Usahawan Tempatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Para pecinta produk keluaran jenama tempatan dan bumiputera pasti menantikan karnival yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini kan. Kini, Karnival Malaysia Agriculture, Horticulture dan Agrotourism ataupun dikenali dengan panggilan MAHA 2018 masih berlangsung dan pada hari ini sudah masuk hari ke 9 sebelum melabuhkan tirainya 2 hari lagi. MAHA 2018 diadakan di Maeps, Serdang. Faries dah masuk 2 kali hadir ke MAHA 2018 ini dan paling menariknya bermacam-macam ada dekat sini taw. Nak tahu apa yang Faries rasa tertarik sangat yang ada di Maha 2018 ini? Teruskan membaca...

Friday, November 30, 2018

JAKEL Merealisasikan Impian 200 Pemenang Peraduan Beli & Menang Mengerjakan Ibadah Umrah Secara Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Mengerjakan Ibadah Umrah merupakan satu impian setiap umat islam. Pernah terfikir untuk mendapatkan tajaan penuh secara eksklusif ke tanah suci Mekah? Baru-baru ini, JAKEL Trading telah menunaikan hasrat 200 pemenang cabutan bertuah Beli & Menang di Jakel bagi tahun 2017/2018 mengerjakan ibadah Umrah secara ekslusif tajaan Jakel. Menarik bukan? Bukan itu sahaja taw, Jakel juga telah menawarkan hadiah wang tunai setiap minggu sepanjang pertandingan cabutan bertuah itu berlangsung. Menariknya, bagi setiap pemenang cabutan bertuah akan mendapat 2 tiket tajaan ke Umrah. Wah! Seronoknya.

Tuesday, November 27, 2018

PPZ-MAIWP Lancarkan Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam diam tak diam dah nak masuk penghujung tahun 2018. Korang dah tunaikan zakat? Atau ada zakat yang masih tertangguh dan tak berkesempatan nak bayar. Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu majlis pelancaran kempen yang dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat PPZ- MAIWP di Wisma PPZ di Cheras, Selangor. Kempen kali ini dipanggil sebagai ' Jadi Kaya Dengan Zakat'. Macam menarik bukan kempen yang dibawakan oleh PPZ-MAIWP kali ini.