Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini, Faries menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerjasama bersama AEON di AEON Mall AU2 Setiawangsa. Selalunya kita ke mall untuk shopping atau makan ataupun sekadar tengok-tengok tetapi kali ni AEON Mall AU2 Setiawangsa ubah suasana penuh dengan aktiviti sihat sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025. Untuk pengetahuan korang semua, acara ini dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.