Wednesday, November 6, 2024

Peluang Memiliki Kediaman Pintar di Bandar Sri Sendayan di Bawah Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 


Baru-baru ini, Faries datang ke showroom perumahan Bayu Sutera yang dibangunkan oleh Matrix Concepts. Untuk info kawasan perumahan di sini semakin berkembang di bandar Seremban dan memberi banyak potensi hebat kepada pemilik pada masa akan. Dibawah Bayu Sutera, terdapat pelbagai unit perumahan antaranya LYRA II, IZARA, ELONIA III dan MELORA. Unit perumahan yang Faries pergi ialah unit 'Melora'

Untuk pengetahuan semua, Matrix Concepts sedang mengadakan satu ‘Kempen Hartanah Bumiputera Matrix’Dengan pakej eksklusif yang direka untuk menjadikan pemilikan kediaman lebih mudah diakses oleh pembeli Bumiputera, kami telah menghasilkan hartanah yang menepati gaya hidup moden. Ini adalah peluang anda untuk menikmati kehidupan yang selesa dalam persekitaran yang tenang.

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix ini menawarkan seperti berikut:

- Penjimatan Hebat sehingga RM 150K

- Bayaran Bulan rendah sehingga RM2,083

- Miliki rumah anda dengan hanya RM300!

- Bukan itu sahaja, Pembiayaan penuh sehingga 100% dari bank terpilih

- Kadar Pembiayaan Rendah

- keahlian d'Tempat Country Club sehingga 5 tahun *Tertakluk terma*

- Kediaman dilengkapi dengan Smart Homes Features

- Percuma broadband internet services

Untuk pengetahuan semua rumah ini berstatus hakmilik kekal,. Unit kediaman yang mempunyai keluasan diantara:

 




2,498 kaki persegi dengan saiz lot 20'x75' dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. 


Keluasan rumah ini dapat memberi keselesaan terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga. dan juga dapat memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza setiap pemilik kediaman. Selain itu, rumah ini berkonsepkan smart homes features yang sudah tentu serba canggih dan selamat.

Jom kita lihat lebih details unit Melora ini:

 



 


Akses dan Kemudahan


Antara faktor lain mengapa projek perumahan Bayu Sutera ini menjadi pilihan adalah disebabkan aksesibiliti yang cemerlang. Ini terutamanya akses untuk ke kawasan perniagaan, sekolah, dan sebagainya. Tambahan pula, jarak ke KLIA daripada Sendayan hanya dalam 30km sahaja.

Ianya juga terletak berhampiran dengan d’Tempat Country Club yang dibina di atas 6.33 ekar landskap hijau. Kelab rekreasi yang mesra keluarga ini menawarkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan untuk penduduk Bandar Sri Sendayan. Selain itu, suasana perumahan di sini sangat tenang dan cukup privasi. Memiliki kawasan rekreasi dan taman permainan membolehkan setiap penghuni kediaman melakukan aktiviti santai seperti riadah, piknik dan sebagainya.

Menarik Bukan? Apa yang pasti Bayu Sutera adalah pilihan terbaik bagi kita yang mencari rumah kediaman impian dan pada masa yang sama boleh jalani gaya hidup sepertimana yang diinginkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bayu Sutera atau Kempen Hartanah Bumiputera Matrix, boleh layari laman web:



No comments: