Saturday, January 15, 2022

Palm Garden Hotel Putrajaya a Tribute Portfolio Menawarkan Sizzling Barbecues Terbaik Pada Setiap Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hujung minggu merupakan waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan serta orang yang tersayang. Pastikan hujung minggu korang lebih bermakna dengan menikmati makan malam barbecue secara buffet di di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan merasai sendiri Sizzling Barbecues yang ditawarkan disini.



Untuk pengetahuan korang, Kini Hotel Palm Garden merupakan sebuah Hotel a Portfolio Tribute yang telah dijenamakan semula. Palm Garden Hotel ialah Hotel a Tribute Portfolio pertama di Malaysia dan untuk tahun baru ini memperkenalkan barbeku pertama permulaan tahun yang lebih baik.


Sizzling Barbecues di Hotel Palm Garden ini ditawarkan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Hidangan utama buffet ini pastinya daging segar, makanan laut seperti udang, sotong, ketam, scallop, kupang dan banyak lagi. Turut disediakan potongan besar Stirp Loin Steak dan Lamb Shoulder, ayam dan daging lembu bratwurst. Korang hanya perlu pilih dan chef akan menyediakan hidangan korang. Di lengkapi pula dengan pelbagai pilihan sos istimewa seperti blackpaper, sos cendawan, sos cili dan lain-lain.




Selain makanan segar, juga disediakan kambing panggang penuh dengan perasa, pilihan sate dan gerai char kuay teow goreng. Pada buffet utama, lebih banyak pilihan masakan menanti seperti pasta, sup of the day, ayam bijan panggang, udang tumis dengan sos pedas dan manis, lasagna, jagung rebus dan banyak lagi.



Bagi pilihan pencuci mulut, antara pilihan yang disediakan antaranya ialah ABC, cendol, pelbagai kek serta kuih muih tempatan. Pelbagai pilihan salad turut disediakan berserta dressing. Tidak dilupakan aiskrim turut disediakan serta pilihan kopi. Ok pasal harga, korang boleh dibawah:




RM128+ harga dewasa.
Untuk dapatkan harga diskaun ,korang boleh muat turun Marriott Bonvoy app. Promosi sehingga 31 March 2022. 

Lupa nak bagitahu, sepanjang makan malam, korang akan dihiburkan  dengan alunan lagu-lagu daripada Leah Diva yang berasal daripada Filipina. Suara beliau sangat merdu seperti wajah beliau yang cantik. Beliau turut membawakan lagu-lagu duet dimana beliau berduet bersama anak lelaki beliau yang hensem. Kiteorang sangat teruja dan seronok dengan persembahan pada malam tu.



Untuk pertanyaan lanjut dan sebarang tempahan, Sila hubungi:

Palms Café di 603 8943 2233 / 0163144101. 

Palm Garden Hotel, 
IOI Resort City, 62502 
Putrajaya

No comments: