Sunday, June 21, 2020

Hotel Maya Kuala Lumpur Memberikan Pengalaman Menikmati Hidangan Makanan Di Norma Baru Ini...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Setelah sekian lama tidak bersua kini Faries kembali lagi. Hampir 3 bulan kita semua menjalani norma baru akibat daripada wabak covid- 19 yang melanda seluruh dunia. Alhamdulillah, Malaysia kini berada di fasa pemulihan dan berharap ada sinar untuk kita semua bebas melakukan aktiviti-aktiviti seperti sedia kala. Macam biasa Faries ada benda nak kongsi dengan korang semua pengalaman Faries menikmati hidangan di Hotel Maya Kuala Lumpur dengan gaya terkini dan yang penting mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Korang nak tahu menu-menu yang menarik yang ditawarkan di Hotel Maya ini? Jom baca sampai habissss....



Untuk pengetahuan semua, Hotel Maya memperkenalkan menu-menu baru daripada seluruh restoran yang terdapat di Hotel Maya ini antaranya Restoran Cantonese& Japanese, Still Waters, Maya Brasserie dan Ramah Tamah. Menu baru yang diperkenalkan ini gabungan daripada ketiga-tiga restoran ini. Korang jangan risau, harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan yang paling penting sedap! huhuhu

Terdapat 3 set menu yang boleh dipilih yang bermula daripada harga serendah RM60 untuk 2 orang. Dan tambahan RM20 dikenakan untuk setiap penambahan orang.

Antara item yang terdapat dalam set menu seperti:-



  • Japanese Breaded Tiger Prawns
  • Stewed Australian Ribeye with Miso Paste
  • Braised Hot & Sour Szechuan Soup
  • Braised Duck with Ginger and fresh Shitake Mushroom
  • Creamy Chicken with Curry Leaves and Homemade Spicy Dried Shrimp Sauce
  • Deep Fried Spicy Seabass Fillet with Homemade Plum Sauce
  • Shredded Young Mango and Supreme Spicy Soya Sauce Tiger Prawns
Untuk pencuci mulut, antara hidangan yang ditawarkan seperti:-
  • Chilled Sea coconut with longan and Lemon Syrup
  • Double Boiled dried Pear with Chrysanthemum
  • Sea Bird's Nest, White Fungus and Dried Longan
Selain daripada itu, menu ala-carte juga ditawarkan seperti Nasi Kerabu dengan Ayam Goreng berempah, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah, Nasi Goreng Olive Vegatable,  dan paling sedap ialah Work Fried Shell-less Tiger Brawns with Butter and Golden Oat. Ni korang kenan cuba sedap gilerr. Sebenarnya semua menu-menu yang ditawarkan memenuhi citarasa dan selera Faries. Korang kena cuba taw....





Bawa Pulang Menu Dari Hotel Maya Ke Depan Pintu Rumah

Kalau korang nak tahu, Hotel Maya juga menawarkan penghantaran makanan  ke depan pintu rumah anda. Korang boleh terus layari ke www.hotelmayakl.beepit.com. Penghantaran percuma bagi bagi pesanan RM 60  keatas didalam radius 5 KM dan RM 80 di dalam radius 10 KM. Bukan itu sahaja, korang boleh nikmati 10%  pulangan tunai untuk pembelian seterusnya. Fuhh menarikkk

Nak tahu lebih lanjut, boleh terus email ke christy.woon@hotelmaya.com.my ataupun hubungi terus  +60122849831

Hotel Maya Kuala Lumpur
138, Jalan Ampang, Kampung Baru,
50450 Kuala Lumpur, 
Federal Territory of Kuala Lumpur

No comments: