Friday, May 5, 2023

Sunfeet Orthotics Expert Buka Cawangan Baru di Akasa Cheras South

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masalah sakit tumit, sengal pergelangan kaki atau sendi dan sakit-sakit lutut adalah perkara biasa terutama bagi golongan-golongan yang sudah berumur. Tapi pada masa kini, perkara ini berlaku pada setiap peringkat umur kesan daripada perubahan gaya hidup dan sebagainya.Korang pernah check masalah kaki tersebut? Mungkin tak pernah bukan? Harini Faries nak memperkenalkan Sunfeet Orthotics Expert iaitu pakar dalam bidang kaki dan apa yang menariknya mereka baru sahaja membuka cawangan baru di Cheras Selatan.

Pembukaan Cawangan Baru Di LifeCare Kompleks Komersil Akasa Cheras South

Untuk pengetahuan semua, cawangan baru ini terletak di Cheras South berdekatan dengan Seri Kembangan, Bangi, Kajang, Putrajaya dan penduduk sekitar. Jadi jangan risau korang boleh dapatkan pemeriksaan kaki percuma hanya di Sunfeet. Lokasi baru ini dibuka di Kompleks Komersil Akasa yang baru sahaja dibuka dan tempat ini dikhaskan dan diberi nama sebagai "LifeCare" dan pelbagai perniagaan menawarkan khidmat rawatan kesihatan dan Sunfeet salah satunya.

Dr Edmund merupakan pengasaskan kepada Sunfeet daripada turun temurun. Dan yang menariknya cawangan di Cheras South ini terdapat galeri kecil dimana para pelanggan dapat melihat sejarah penubuhan Sunfeet ini sejak dulu lagi. Selain itu, terdapat perjualan kasut-kasut dan tempat pemeriksaan dan rawatan kaki.





Jom kita pelajari serba sedikit tentang masalah kaki. Terdapat 7 jenis masalah kaki yang kita boleh kenalpasti daripada pemeriksaan kesihatan kaki di Sunfeet International Rehab Centre 

  1. Flat feet (tapak kaki yang rata dan tidak mempunyai lengkungan yang tepat untuk sokongan)
  2. Bunion (lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki)
  3. Callus (sel kulit mati tebal di bawah pangkal kaki anda)
  4. High arch (lengkungan kaki tinggi)
  5. Intoeing (kaki merpati - berjalan dengan kedua-dua kaki menghala ke dalam)
  6. Toe walking (hujung kaki ketika anda berjalan)
  7. Bowleg (bahagian kaki dari lutut ke bawah terbuka dan tidak rapat)
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Untuk atasi masalah-masalah tersebut, antara yang disyorkan oleh Dato' Dr. Edmund adalah dengan memakai kasut dan tapak kasut khas (insole) untuk memberi sokongan yang sepatutnya kepada kaki untuk kembali normal.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu untuk sama-sama kita amalkan dalam penjagaan kesihatan kaki.
  1. Pakai kasut yang sedikit longgar dan memberikan keselesaan pada kaki untuk mengelakkan kecederaan
  2. Pastikan kasut yang dibeli sesuai dengan aktiviti yang nak dilakukan seperti kasut sukan untuk aktiviti riadah
  3. Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki dan jangan terlalu ketat
  4. Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki bergerak di dalam kasut (masukkan dua jari di belakang kasut dan bahagian depan kasut) untuk keselesaan
  5. Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian
  6. Jalani pemeriksaan dan rawatan kaki secara berkala
  7. Berjumpa dengan pakar kaki jika terdapat rasa sakit atau masalah kesihatan kaki


Kalau korang datang ke Sunfeet, korang boleh dapatkan pemeriksaan kaki secara percuma. Cepat je nanti boleh dapatkan konsultasi terus daripada pekerja disana dan kalau korang bernasib baik, orang boleh dapatkan nasihat daripada Dato' Dr Edmund Lee.


Selain sesi pemeriksaan kaki secara PERCUMA, Sunfeet juga menganjurkan Foot Health Talk yang disampaikan oleh Dato' Dr. Edmund Lee iaitu Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia. Beliau berkongsi tentang pelbagai isu berkaitan kesihatan kaki dan antaranya adalah jenis tapak kaki.

Berita Baik!




  • Bersempena dengan hari Ibu pada bulan Mei tahun ini, Sunfeet menawarkan promosi untuk mereka yang bergelar ibu
  • Rawatan Penjajaran kaki percuma (1x)
  • Tawaran 'One for Mom& One For You' yang mana ada membeli satu perkhidmatan yang ditawarkan dan berpeluang mendapatkan rebat sebanyak RM 1,000
  • Peluang memenangi sepasang tapak dalam (insoles) bernilai RM 899 jika anda menyertai pertandingan Mothers's Day Giveway
Untuk korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan kaki atau plan nak buat pemeriksaan kaki dan dapatkan sebarang konsultasi, bolehlah ke Sunfeet International Rehab Centre ini. Selain itu juga, korang boleh dapatkan kasut dan produk kesihatan kaki untuk pemulihan dan sokongan.


Contact: 013-5283939

Sunfeet Orthotics Expert Cheras South
Level 3A Block E, Kompleks Komersil Akasa, Jalan Akasa, 
Akasa Cheras South, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Perniagaan: 10 pagi- 5.30 ptg setiap hari kecuali hari Ahad

No comments: