Sunday, March 5, 2023

JobStreet Melancarkan SEEKscapes Untuk Memudahkan Laluan Kerjaya Buat Golongan Muda

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam, JobStreet Malaysia telah melancarkan satu program iaitu SEEKScapes bertempat di Kuala Lumpur Sentul Depot @Workshop di Sentul, Kuala Lumpur  bertarikh 4 dan 5 March 2023. Program ini telah rasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Nak tahu apa yang menarik program SEEKScapes ini? Jom baca sampai habis.

Untuk pengetahuan semua, JobStreet merupakan agensi mencari pekerjaan yang dah lama wujud di Malaysia. JobStreet.com ialah sebuah portal kerja yang ditubuhkan pada tahun 1997. Diasaskan di Malaysia, kini menjadi syarikat pekerjaan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, menurut Forbes.

SEEKScapes merupakansatu inisatif yang dibangunkan oleh JobStreet untuk membantu golongan muda terutamanya dalam menempuh alam pekerjaan yang kian mencabar kini. Justeru, JobStreet melancar satu program mencari pekerjaan yang lain daripada yang lain dimana kali ini termasuk menganalisa kemahiran individual serta mensuai padankan dengan minat dan kekuatan seseorang calon itu.

Perkongsian Daripada YB Hannah Yeoh


Di program ini, YB Hannah Yeoh berkongsi perjalanan pekerjaan beliau sebelum menjadi ahli politik. Satu perkongsian yang menarik daripada beliau dimana sekiranya kita tidak bagus didalam peperiksaan tidak semestinya kita akan gagal selamanya. Kehidupan selepas itu yang akan menentukan kemana hala tuju kita selepas tamat zaman persekolahan. 

Selain daripada itu, terdapat perkongsian talk daripada En Mazlan Bin Mohamaed, Senior Assistant Director daripada Kementerian Belia dan Sukan. Perkongsian beliau berkisarkan rahsia dia sebalik- "Yes or No: Decision Making Throught Your Career Journey".

Terdapat pelbagai booth daripada agensi pekerjaan untuk para pengunjung yang hadir seperti Starbucks, Celebrity Fitness, TeaLive, Genting Malaysia, Big Bad Wolf dan banyak lagi. Serta terdapat pelbagai aktiviti serta hadiah ditawarkan disini taw.



Untuk pengtahuan lanjut, korang boleh layari:


No comments: