Friday, October 7, 2022

Ilham Seni Tempat Tarikan Baru Di Kampar Perak

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Antara tarikan terbaru yang ada di Kampar Perak iaitu jIlham Seni @ Kampar yang baru sahaja dirasmikan pada 23 September 2022. Terdapat lebih 20 lukisan mural yang kini menceriakan bahagian belakang bangunan lama di Jalan Gopeng Kampar sekali gus menjadi tarikan terbaharu di daerah bersejarah itu. Walaupun trend lukisan mural ini sudah lama dan sudah terdapat di banyak tempat di Malaysia ini tetapi disini ada perbezaannya. Nak tahu apa perbezaannya? Korang kena baca entri ni smp habis



Lukisan mural di lorong seni ini kebanyakan menceritakan dan diilhamkan daripada tema tradisi, budaya, sejarah, alam semulajadi dan industri di negeri Perak dan dilukis oleh pelukis tempatan melalui Persatuan Pelukis Perak.

Antara lukisan mural yang dipamerkan ialah Heritage House Gopeng, Lompat Getah, Tarik Upeh, Durian, Itik, Kelamai, Disney Avenue Agacia Land, Air Terjun Batu Berangkai, Berakit di Jeram Sungai Kampar, Ladang The Gaharu, Kapal Korek, Air Terjun Sungai Salu, Peta Kampar, Gua Tempurung, Rafflesia, Burung Heron, West Lake of Kampar Ikan Raja, Bunga Cassia Biflora, Mendulang, Waterfall Abseiling dan Paip Besar, Gopeng.



Untuk pengetahuan korang, setiap mural ini juga dilengkapi dengan kod QR yang memudahkan pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan mural yang dipamerkan. Malah, panduan titik mengambil gambar juga disediakan. Titik fokus mural ini berada di sepanjang laluan pejalan kaki Jalan Gopeng, Menara Jam, Taman Muhibbah dan Pusat Rekreasi Kampar yang selaras dengan konsep Kampar Trails di Pekan Lama Kampar.


Lorong seni sepanjang 250 meter ini juga terletak strategik iaitu di sepanjang laluan protokol yang merupakan laluan utama Ipoh-Kampar.

Jom ramai-ramai datang ke sini melihat sendiri kecantikan dan keindahan lukisan lukisan mural hasil tangan anak Perak dan yang penting jangan lupa bergambar.hehehe



Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari laman web Majlis Daerah Kampar 


Ilham Seni Kampar
1, Bahagian Belakang, Jln Gopeng, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak

6 comments:

Rawlins GLAM said...

Makin meriah dah Kampar dengan adanya seni sebegini kan. Sekaligus menarik perhatian pelancong dan meningkatkan ekonomi setempat kan.

Sunshine Kelly said...

Wah so many places to visit in Kampar besides they have so many good food too.

Ruby said...

Nanti balik kampung boleh visit tempat ni. Sekarang dah ada Mural boleh bergambar banyak-banyak. Pastu pi cari makanan. Wuuuu sedap.

Kitkat Nelfei said...

Baru launching ye tempat ni, nice la Nell suka tempat yang so colourful and full with arts/murals! Boleh pergi la nanti over the long weekend maybe 👍🏻

AlongMurni said...

Wah!! Kampar dah berwajah baru yea.. Lama dah tak ke singgah ke Kampar.. rasanya last singgah sana 3 tahun lepas.. Mural pun nampak cantik dan tersusun indah!!

Tiara Sapphire said...

dah sampai ipoh tapi belum ada peluang lagi ke Kampar. cantik lukisan mural kat sini, bagus untuk tarikan pelancong :)