Thursday, November 4, 2021

Pengalaman Naik Cruise di Pulau Langkawi Bersama Your Cruise Sensation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..... 


Salah satu aktiviti menarik di Langkawi yang kini sangat terkenal iaitu Day Cruise dan Sunset Dinner Cruise. Anda akan dibawa menaiki bot atau kapal cruise merentas lautan melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi. Didalam perjalanan, beberapa aktiviti disediakan seperti makanan buffet, mandi laut sambil menikmati keindahan di waktu siang ataupun matahari terbenam.


Untuk pengetahuan korang semua, aktiviti naik cruise ni merupakan salah satu tempat dalam senarai yang  Faries teringin nak pergi kalau datang ke Langkawi dan akhirnya dapat pun merasai sendiri pengamalan menaiki cruise ini. Alhamdulillah. Apa yang menarik tentang aktiviti ini ialah pengalaman menaiki kapal dan belayar secara santai. Anda bebas ke mana-mana bahagian kapal yang mempunyai dua aras untuk menikmati pemandangan menarik disepanjang perjalanan.



Kami mengambil pakej day cruise diwaktu siang selama 4 jam. Kami naik dari Jeti Pelancongan Kuah, lebih tepat lagi ke Royal Langkawi Yatch Club. Lokasi ni betul betul dekat sebelah Jeti utama orang naik naik feri untuk ke Langkawi tu. Kalau korang ada mabuk laut ke jangan risau sebab kat sini memang selesa dan laut tak bergelora pun. Cuma untuk day cruise agak panas sedikit jadi korang kena tepek sunblock banyak-banyak untuk elakkan sunburn.



Ada buffet makan tengah hari disediakan, menu kitorang haritu ada nasi goreng, udang, ayam, buah-buahan dan ada beberapa lauk lain. Sedapp. Memang layan la makan atas cruise tu. Pakej yang kitorang ambil ialah daripada @yourcruisesensationlangkawi. Nanti Faries share contact number diorang dekat hujung post ni.


Atas bot ni ada kemudahan tandas dan bilik mandi juga. So takyah risau la kot nak terkencing ke apa. Serba serbi lengkap dan selesa. Ha nak cerita pasal saltwater Jacuzzi tadi tu, make sure jangan lepaskan peluang untuk cuba tau. Bawa baju mandi dan baju tukar siap siap. 


Saltwater Jacuzzi ni concept nya ialah, akan ada jaring dipasang di belakang bot dan kita bila turun dan mandi dalam kawasan jaring tu. Disebabkan bot pun tengah bergerak, jadi akan ada arus masa kita mandi tu. Jadi la ala ala jacuzzi. Untuk aktiviti ni, semua diwajibkan pada life jacket untuk keselamatan. Best juga main ni tetapi ada had masa sebab ada aktiviti lain pula seperti berkayak dan juga swimming bebas.



Untuk korang yang dah rancang untuk bercuti ke Pulau Langkawi, sila masukkan aktiviti cruise ini dalam aktiviti korang semua. Serius memang puas hati! Jangan lupa plan untuk pakai sedondon macam kami pilih warna putih.

Nak tahu lebih lanjut atau untuk tempahan,

0134323268- PK
0182404505- Adam Daniel