Saturday, December 21, 2019

Rinching Terrace Lokasi Terbaik Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkahwinan merupakan sesuatu waktu yang sangat dinantikan oleh pasangan pengantin dan kenalan rapat. Korang mesti terbayang-bayangkan majlis perkahwinan idaman korang maklumlah perkahwinan sekali seumur hidup. Bagi Faries sendiri sangat mengimpikan majlis perkahwinan ala-taman.hehehe. Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran Rinching Terrace yang merupakan satu tempat baru yang amat sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan impian korang!


Untuk pengetahuan semua, Rinching Terrace terletak di Kajang dimana menghubungkan dengan lebuhraya utara selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota,Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort. Kawasan ini dahulunya merupakan kawasan terbiar dan mempunyai keluasan sehingga 7 ekar kaki persegi. Kini, kawasan ini telah dibangunkan dan menjadi sebuah lokasi perkahwinan mewh yang berlatarkan belakangkan alam semulajadi dengan landskap taman nan indah. Kawasan ini juga masih didalam fasa pembangunan dan pastinya akan datang lebih cantik dan gah.



Kini, terdapat 3 ruang tempat untuk bakal pengantin pilih bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka nanti. Faries belanja sikit-sikit gambar dibawah yer.Ruangan parkir yang luas serta surau dan tandas turut disediakan. Bilik persiapan untuk pasangan mempelai juga terdapat disini .

 Rinching Terrace Glass House


 Marquee Tent
(Khemah Agam)


 Garden
(Taman Terbuka)


Selain daripada itu, untuk korang yang mengambil pakej perkahwinan disini, korang akan di berikan pakej lengkap dan rasanya korang hanya perlu bawak diri sahaja. Rinching Terrace bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik bagi menguruskan majlis perkahwinan disini nanti.Antara rakan perniagaan yang dipilih itu ialah Afkar Katering, Miezipro dan SASES. Kesemua mereka adalah yang berpengalaman dan telah menguruskan majlis-majlis besar sebelum ini.




Jom kite tengok pakej2 yang disediakan oleh Rinching Terrace:

Pakej Silver- Marquee Tent Only RM 38,800 untuk 1000 tetamu
Pakej Gold - Glass House & Marquee Tent RM 44, 800 untuk 1000 tetamu
Pakej Pantinum - Glass House & Marquee Tent RM 51,800 untuk 10000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana yang ekslusif

Kalau korang dah ready nak kahwin dan inginkan perkahwinan impian korang boleh start membuat tempahan disini bagi majlis tahun 2020 nanti! Apa tunggu lagi? Jom tempah sekarang.huhuhu

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Rinching Terrace, boleh terus layari

Email: rinchingterrace@gmail.com
@
0193908527
IG: rincchingterrace

Rinching Terrace
Rinching Hilir
43500 Kajang, Selangor

2 comments:

Illya LeYa said...

Memang cantik dan kelihatan mewah Dewan Perkahwinan ni. Untung betul sekarang. Macam-macam ada. Apa lagi Faries? Cepat-cepatlah bina masjid ye.. Hehe...
Didoakan bertemu jodoh yang baik-baik..

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators