Sunday, October 20, 2019

Sambutan Penuh Gilang Gemilang Festival Seni Selat Melaka (FSSM) 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Negeri penuh bersejarah di Malaysia tak lain tak bukan iaitu Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang telah berlangsung pada 18, 19 dan 20 Oktober 2019 bertempat di pekarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Program FSSM 2019 ini adalah hasil kerjasama dan cetun idea Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya. Nak tahu apa yang menariknya Program FSSM 2019 ini selama 3 hari berlangsung? Jom teruskan membaca....


Program FSSM 2019 ini bertemakan  “Selat Melaka, Warisan Nusantara” mengetengahkan pelbagai aktviti berteraskan seni budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Melaka juga turut mengangkat program ini sebagai sebahagian daripada acara Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob.


Malam Gala Selat Melaka 

Malam Gala Selat Melaka merupakan Acara Kemuncak FSSM 2019 adalah persembahan berkonsepkan muzikal dalam Kota Melaka. Tetamu Kehormat yang diraikan iaitu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob turut serta Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN. Kesemua Tetamu Kehormat Malam Gala FSSM2019 akan menaiki beca-beca oleh Persatuan Beca Warisan serta diiringi Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, Melaka juga Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka ke tapak acara. 



Perarakan Kereta Lembu dan Beca Warisan yang mengiringi kenaikan Tetamu Kehormat pada malam tersebut adalah sebagai perlambangan kepada kesenian pelbagai kaum yang menunjangi seni budaya negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Malam Gala FSSM2019 menggabungkan garapan kreatif kesenian dondang sayang, kearifan tempatan iaitu seni berbahasa pantun serta persembahan muzik cak lempong, tari randai dan piring lambung yang diwakili oleh JKKN Negeri Sembilan dalam Segmen Kabar Berusik Negeri Sembilan. Sementara JKKN Johor pula menerusi Segmen Bayu Muara Maharani – pula akan menampilkan kehebatan seni Ghazal, Kuda Kepang, Barongan dan Zapin yang turut disertai oleh Badan Seni Budaya dari Muar dan Batu Pahat dan penyanyi Rojer dengan permainan muzik gambusnya. 





Sambutan Malam Gala ini sangat gilang gemilang dengan kehadiran orang ramai serta adanya pertunjukkan lakonan daripada pelakon veteran terkenal seperti Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.


Persembahan Sisipan (Showcase) 
Warna-warni Selat Melaka
Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka
Pusat Transformasi Rakyat 
Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka
Bazaar Selat Melaka : Seni Budaya dan Pelancongan
Retro Autoshow
Joget Lambak@Melaka

Pelbagai aktiviti-menarik sepanjang 3 hari Program FSSM 2019 ini berlansung. Keindahan sertan keunikan negeri selat ini dipertontonkan kepada orang ramai bukan sahaja untuk rakyat negeri Melaka tetapi untuk pegunjung luar daripada Melaka juga. Faries rasa aktiviti paling menarik ialah dengan adanya aktiviti Joget Lambak dimana aktiviti ini sudah sangat sinonim dengan negeri Melaka. Aktiviti lain serperti jualan barang-barang serta makanan khusus daripada negeri Melaka juga ada taw.

Program seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang. FSSM 2019 ini juga merupakan salah satu program pembukaan sempena Tahun Melawat Melaka 2019 ini serta salah satu pengenalan kepada Tahun Melawat Malaysia 2020 nanti. 


Nak tahu lebih lanjut mengenai FSSM 2019 ini, boleh layari terus

No comments: