Saturday, September 28, 2019

Menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 Yang Diadakan Sempena Hari Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasanya macam dah lama betul tak join aktiviti treasure hunt dan last join masa zaman sekolah rendah kot.Seronok bersama kumpulan untuk selesaikan tugasan. Baru-baru ini Faries dan juga team telah menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 yang telah diadakan sempena Hari Malaysia tahun 2019 ini. Program ini merupakan kali yang ke 3 diadakan dan semestinya sambutan sangat mengalakkan dan  terdapat hampir 100 kumpulan yang terdiri daripada 400 orang peserta! Ramainya... Nak tahu Faries dan juga team berjaya ke tidak? Korang kena baca sampai habis.......

Untuk pengetahuan semua, MSSH 3.0 kali ini diadakan di bermula di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan berakhir di One Utama, Kota Damansara. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu kategori Media-Terbuka dan juga Antarabangsa dimana terdapat peserta daripada Indonesia, USA, Brunei dan banyak lagi. Faries dah sah2 masuk kategori Media...heheheh

Berbalik kepada cerita, Faries kumpulan bersama rakan-rakan blogger yang Faries kenal iaitu Zul (Ketua), Murni dan juga Khalid. Dieorang ajak Faries betul-betul last minute dan sah-sah kumpulan kami tiada persiapan rapi dan strategi memandangkan ini kali pertama menyertai. Nama kumpulan kami ialah (Curlass Buddies). Nama ni pun Faries tak tahu bile dieorang bincang dan bersetuju.Allahu.hahaha. Peserta diberikan sedikit penerangan mengenai acara Miss SHOPhia ini dan mengadakan sesi bergambar. Kami semua dilepaskan lebih kurang jam 10 pagi....





Terdapat 11 pusat membeli belah yang wajib kami pergi untuk kumpul point mengikut tugasan..Jom Faries tunjuk satu-satu.....

  • Okey,sebelum tu, nak cerita sikit setiap task punya syarat; Setiap 1 Mall kami harus ambil gambar dengan Patung Miss SHOPhia dan Banner Visit Malaysia yang diubah-ubah kedudukannya.serta dua gambar lain seperti yang diminta untuk mendapatkan point.
  • Setiap Mall akan diberikan 3 soalan yang harus dijawab berdasarkan clue yang diberikan didalam kertas
  • Point tambahan ialah ambil gambar atau beli menggunakan aplikasi yang diberikan untuk dapatkan banyak point.
  • Belum abis lagi... Korang kena share gambar-gambar tadi dalam 2 post yang berlainan dan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 10 likes dan korang semua baru boleh hantar kepada staff yang bertugas dan boleh proceed ke Mall yang lain.

contoh task yang diberi

Mall 1: Pavilion



Lokasi pertama yang kami pergi sebab Kompleks Kraf  berdekatan dengan Pavilion.Kami dah tersalah strategi sebab untuk task pertama ini ramai yang kesini dan terlalu ramai peserta. Kami sudah membuang masa hampir 3 jam disini sahaja.Ayoo dah nampak kegagalan disini.hahahaha. 



Masa ni kami kalut cuba untuk menyelesaikan semua soalan dan tak skip mana-mana pun dan paling sakit hati banner Visit Malaysia berubah-ubah kedudukannya.huh.(Kurang strategi)

Mall 2: Lot 10

Disini sudah nampak macam ada strategi hahaha.Dimana ketua kami pergi curi jawapan daripada peserta lain dan kami mencari 2 benda penting iaitu patung Miss SHOPhia dan juga banner.

Sambil-sambil bergambar terus kami blast di social media menantikan like sebelum submit kepada staff yang bertugas. Disini rasanya tak berapa lama sebabnya Lot 10 agak kecik dan pada mulanya ada isu susah nak jumpa patung tu.hahaha.Akhirnya jumpa jua

Mall 3: Sungei Wang

Mall yang agak sesak dan ada satu 2 task yang agak mencabar dimana kedai yang diminta untuk ambik gambar terletak di tempat parking paling atas.huh.Boleh bayangkan tak naik turun naik turun.hehehe

Mall 4: Plaza Low Yat

Ini juga kawasan yang agak mencabar dimana susah untuk jumpa sesetengah tempat yang ingin kami cari.Google jawapan je untuk soalan.Tapi alhirnya berjaya jua

Mall 5: Suria KLCC

Kami menaiki grab memandang kawasan bukit Bintang agak jauh daripada KLCC dan kenderaan awam seperti LRT memerlukan masa dan kami semua dah dalam mood keletihan. KLCC juga agak mencabar sebab ramai orang dan korang sendiri tahu Suria ini Mall yang agak besar dan bertingkat-tingkat.Alhamdulillah kami berjaya juga habiskan task disini

Mall 6: Quill City Mall

Lokasi terakhir yang kami sempat pergi untuk selesaikan task memandangkan masa sudah tidak cukup dimana kami perlu sampai di One Utama tepat jam 4.10 ptg. Kami sekali lagi menaiki grab ke sini. Tugasan disini agak mudah dimana kami tidak perlu mencari sebab patung dah terpampang luas di pintu masuk dan task lain juga amat mudah. Tepat jam 3.35 petang kami habis dan terus buat keputusan ambil grab dan terus gerak ke One Utama memandangkan lokasi terakhir ini agak jauh..

Kami skip beberapa mall seperti Sunway Putra Mall, Central Market, One Utama =(


Keputusan akhir diumumkan dan kumpulan kami mendapat tempat ke 7 kategori media daripada 12 kumpulan,Bangga juga weyh!! Dapat 100 ringgit cash dan juga 100 ringgit baucher membeli belah di Plaza Low Yat..


Korang jangan lupa berbelanja sempena Kempen Year End Sale (YES) bermula pada 1 October sehingga 31 Desember 2019 tahun ini. Sudah pasti pelbagai tawaran menarik dan potongan gila-gila akan ditawarkan di seluruh pasar raya di Malaysia.


No comments: